~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Khamis, 17 Mei 2012

Jika INGIN lepaskan, 
lepaskanlah SEPENUH HATI..
jangan dilepaskan separuh hati, dipegang separuh hati lagi..
kelak nanti menghambat hati, menjerat diri, MENYEKSA SANUBARI..
lepaskan dia, lepaskan sepenuh hati..biarlah dia pergi..
semoga dirimu menemui DAMAI HAKIKI, walau bersendiri…


"Kerana itu Allah menimpakan kepadamu KESEDIHAN demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang LUPUT dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
(Surah Ali Imran : 153)


Menunggu PELANGI YANG INDAH, selepas hujan ribut petir yang dialami..
terasa amat indah walaupun lebat air yang menitis membasahi bumi..

studentfy | ~~

Khamis, 3 Mei 2012

HTF lagi, lagi dan lagi ;(

2 Mac 2012 - Pertama kali mak dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tak stabil.....


|
|

v




3 Mei 2012 -  My mom sekali lagi di masukkan ke wad. Ini kali kedua mak ditahan untuk rawatan lanjut. Kemarin abang bawak mak ke KMC untuk pengesahan masalah kesihatan mak dan doktor kat KMC sarankan mak dirujuk ke hospital kerajaan sebab jenis rawatannya sama cuma kos nya lebih tinggi jika buat di KMC... Sabaq ye mak ;(

 Sejak bapak gtau mak di masukkan ke wad, rasa nak nages ja kat opis tadi tapi tahan ja lah hati oii  <--- cuba untuk tersenyum dan sibukkan diri dengan keja, padahal 1 apa pon xtau lah yg aku buat.. Susah hati sebab tak dapat tengok sendiri keadaan mak masa tu ;(

Abis keja terus p kat mak, maaf bos tak sempat nak maklum  <-- otak pikir nak tengok mak dulu

Alhamdulillah mak duduk di wad yang agak selesa, bilik ada air cond kottt  <-- kesian mak sejuk malam2

Dan yang paling aku tak suka bila tengok AIR MATA mak <--- sakit ye mak depa cucuk, nak kena depa nie, haishhh


Aku : mak ok dok sini?
Mak : ok, selesa
Aku : mak nak adik teman malam nie?
Mak : tak yah, balik tidok di rumah, sok buleh mai lagi
Aku : esok adik ambik cuti
Mak : simpan la cuti tuu. mak tak dak apa pun. bukan dok sorang2
Aku : ok, (dalam hati, lambatnya nak ahad.. boleh teman mak)

~~ Sayang Mak...... Berjanji akan cuba terus kuatkan hati ini.. biarlah hati ini EGO sekali-sekala ork, kerana aku tahu aku tak punya siapa2 untuk terus berada disisi aku melainkan mak dan bapak... 

~~ Thanks to both my sist coz memahami n memberi semangat, buat aku tersenyum pon dah memadai. TQ 

studentfy  |  sunyi  |  rindu

Rabu, 2 Mei 2012

~~TerUsik HaTi

RINDU KAMOO, SAYANG KAMOO <3

Malam nie tak tau lah mood pa yang melanda hati aku.. Sayu n rindu sangat kat dia,
Sejujurnya aku sangat rindu n sayang padanya sekarang dan mungkin perasaan ini kekal untuk selamanya. 2 malam sudah tak dapat tidur nyenyak <--- merasakan dia ada dibelakang ku... Terok kan aku nie,,

Sebenarnya aku masih tidak percaya dia sekarang ada di depan aku, ada di sisi aku, yang selama ini hanya berangan untuk bertemu dengan dia. 3 tahun memendam rindu akhirnya berbalas dan hampir 3 bulan dia ada untuk aku. Senang bersama kamoo, SAYANG.. Aku tak tahu sampai bila dia akan terus berada disamping aku, yang pasti aku tahu masa itu akan tiba ;(  <--- perit, tolong jangan manjakan saya lagi nanti saya akan rindu kamoo terok2, tapi saya senang dengan perhatian dan kasih sayang yang kamoo bagi, saya sangat menghargainya. Jujur, saya sangat gembira/bahagia sejak bertemu kamoo, kekosongan tu makin terisi ;)

Awak, terima kasih atas apa yang kamoo dah bagi, perhatian, kasih sayang, marah saya sebab degil, dan apa sajalah yang kamoo cuba buat untuk saya, saya sangat MENGHARGAINYA...... 
Sayang Kamoo Setulus Hatiku, kakak <3

Awak, MAAFkan saya jika saya tak dapat beri yang terbaik untuk kamoo, yang pasti kasih sayang saya untuk kamoo SENTIASA ada cuma kadang-kadang saya tak tahu bagaimana nak tunjukkan ;D  <--- mcm kes dlm keta hari tu, 'hujan' turun sebab sygkan kamoo, takot kamoo bila marah, xsuka kamoo terus diam ;|

PeaCe .v,.

"Kawan sejati ambil berat macam seorang ibu,
marah macam seorang ayah,
bergurau macam adik beradik,
dan menyayangi lebih daripada seorang kekasih"

studentfy  |  2:02 am  

Selasa, 1 Mei 2012

Eskrem Tropica

Masih mencari Post title yang sesuai, no idea, no komen.... tak perlu nak ambik kisah dengan tajuk di atas, harap maklum....

Pengalaman 3 hari menjelajah perlis, merantau segenap kedai makan yang terpilih dan best.. Syarikat kami dilatik oleh Tourism Negeri Perlis untuk ambik gambaq disetiap kedai2 makan yang terpilih untuk di muatkan dalam Brochure Tourism. Kiranya mcm nak promosi tempat-tempat makan yang best kat Perlis nie. Lagi best dapat rasa menu yang kadang2 aku pon tak penah makan mcm Kapau Daging, mcm pelik ja kan tapi sangat sedap, menu nie aku makan kat Padang Besaq (Tak ingat nama kedai).. Memang best n terbaik la layanan yang kami dapat, siap boleh tapau bawak balik lagi makanan tu, thanks. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki...

~~ Thanks sebab sudi bawak saya jalan-jalan cari makan  ;)

Hah! Nie satu lagi 'pengalaman' yang tak dapat aku lupakan selama 3 hari menjelajah dengan dia, semalam trip last ke Pdg Besar dari Kola, bayangkan bila hampir satu jam tak bercakap dengan dia. Diam sepanjang perjalanan, cuba berbaik tapi tak dilayan, sapa tak sedey.. Rasa kecikkkk ja ati nie n 'kembang' bila kena ayaq.. Serius cakap, aku memang dah nanges dalam hati sepanjang perjalanan, cuma tak melimpah keluar ja <--- tapi akhirnya tumpah la jugak, mana tahannn... Salah paham ja, hati ppuan mmg sensitif, kan kan kan...
Maafkan saye ;(  

Jangan salahkan eskrem Tropica tu ek, dia tak bersalah =P

p/s Rasa bersalah dengan dikmie sebab berdiam diri bila dia tanya smthing. Sian dia tak bersalah n tak adil kalau aku terus dengan EGO yg ntah apa2 n tak perlu nak campur rasa peribadi nie n org lain jadi mngsa, so jawab gak lah sikit2, huhuhu maap dik mie.. ppuan mmg complicated, kan kan kan .v,.

................................. Miss You ...............................

Dua hari berlalu dengan pantas kan... Saye rindu kamo semalam terjaga 2,3 kali gak la, mencari kamo di belakang saye <--- merasakan kamo disini ;(

studentfy  |  masih belom ngantok  |  rindu dia