~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Khamis, 31 Mac 2011

BirthDay Boy


HAPPY BIRTHDAY
MOHD IMRAN HAZIQ BIN HAMIDI
YANG KE 2

sapa budak nie? yang pasti bukan anak aku, bukan anak menakan aku.. sepupu aku daaa :)
Dah besau N makin honaq =)

Jamuan makan yang simple.. just ada bihun goreng, bubur kacang, kek (wajib ada), agar-agar, ayaq teh (kpd sesiapa yang xminum sejuk) dan ayaq anggur...

Banjir

Perkara yang aku takot / risau tahap gaban bila berlakunya BANJIR :

1 - Kehabisan stok barang dapur/makanan

2- Stesen minyak penuh sesak

3- Ofisku akan masuk ayaq..(malas nk cuci opis sbnaqnya)

4- Kehabisan kredit (time2 mcm nie lah kredit fon nk abis)

5- Terputus jalan (depan, blakang, kiri, kanan penuh ayaq)

6- Terputus bekalan air & elektrik

7- Gaji tak masyukkk (kena pulak time hujung2 bulan) huhu


Namun kita tak seharusnya menyalahkan apa yg terjadi krn nie semua kuasa Allah. Dia yang menjadikan sesuatu, dan kita sebagai hambaNya harus redha dan bersyukur krn masih dilindungi oleh-Nya... sama-sama kita selami apa hikmah disebalik sesuatu kejadian walau sebesar zarah...

Selasa, 29 Mac 2011

Sejarah Mungkin Berulang

Dah 2,3 hari ujan lebat.. hari nie hujan tak berhenti sejak semalam lagi menyebabkan paras air di Empangan Timah Tasoh dah makin sarat dan perlis diramalkan banjir jika hujan berlanjutan tanpa henti dalam masa 48 jam.. Penduduk dah makin risau jika berlakunya banjir.. selut banjir tahun lepas belom hilang, dah nak mai pulak.. kuasa Allah kita tak mampu menghalangnya.. bersyukurlah kita dilahirkan di bumi MALAYSIA.. jika di negara2 barat bermacam jenis bencana melanda. kita hanya melihatnya di kaca TV. Bagaimana dengan mangsa kejadian? simpatikah kita?

AkTiViTi HaRi iNi ~,~

Salam Bahagia…


Bahagiakah aku hari nie..?? sendri jawab.. macam dah nak gila punya bosan nie.. keja banyak tapi 1 pun tak jalan dengan sempurna.. arghhh!!! Idea idea idea mana kau pegi hah!

Bosan tahap cipan.. apa aku harus lakukan.. ??

Tepon bos, cakap dengan penuh hormat and rasa takot.. “bos bila nk berhenti keja” (peringatan : sblom anda tepon pastikan anda dh dapat job lain..hahaha)

Pegi kat tong sampah, jerit kuat-kuat.. “Woii!! SAPA YANG BUANG SAMPAH DALAM NIE HAH!”

Curik rokok Abg Din.. Hmm cian lar pulak. Nanti Kak Tie yang kena kuar p beli.. huhu

Tumpahkan air teh atas meja kak yani and buat muka selamber tak bersalah.. (kalau nk rasa kena TEMBAK, silakan.. adoii!!)

Komen gila punya banyak2 dalam pesbook kak ana.. ish!! xdak idea plak.. hurmmm nk men’kejut’kan beliau nanti kang sakit jantung plak... Oh!! Tidak.. aku BUDAK BAIK

Duduk depan pintu opis, cakap tepon kuat2 walaupun hakikatnya takdak sapa tepon anda.. haruskah aku buat?

Kesimpulannya : Tak perlulah aku berusaha buat kerja yang boleh melayakkan aku ke TANJUNG RAMBUTAN.. (ayat macam hampeh)


Hari nie hujan dengan tak berapa lebatnya.. renyai2 sejak semalam lagi.. bestnya tidokkkk… lapaq ler pulak.. time2 mcm nie lah perot mintak nk diisi.. sabaq2 dh nk masok tgh ari nie.. makan di mana ek!! Hurmmm

~ sAyA SuDah GelOnG ~


Saya rindu kamoo... napa saya rindu kamoo??

kerana rindu akan kamoo... kenapa kamoo tak rindu saya? sebab saya dah ambik rindu kamoo..

kamoo nak rindu tak? saya boleh pulangkannya.. eh! tak boleh nanti saya dah xde rindu, macam mana saya nk rindu kamoo nanti..

kamoo nak tak rindu saya..?? hurmmm

Adakah saya sudah gelong sebab terlalu rindu kamoo... oh! tidak. mungkin kamoo yang buat saya rindu kamoo.. kenapa rindu datang disaat kamoo jauh dari saya? pergilah rindu. saya tak suka. saya tak suka. saya tak suka... Jahatnya RINDU...

Isnin, 28 Mac 2011

Nak ShoPinG kat MANA nie..~~

Kat mana selalu korang mak@ family shoping barang dapur? tesco, the store, giant, jusco, or apa saja yg ada kat area korang...

family aku selalu shoping kat Pasaraya Utama.. nk tau napa? antaranya :
1) Milik penuh BUMIPUTRA (sokonglah perniagaan orang melayu)
2) Kemudahan parking yg boleh dikatakan tidak mengecewakan
3) Dekat dgn stesen minyak (pas boh minyak trus singgah.. 1 hala ler kiranya)
4) Pemilik kedai sendiri turun padang (kalau tak, sampai bila pun kita tak tau sapa pemiliknya)
5) Harga yang berpatutan.. (org gaji 5 mata pun cari pasaraya nie tauuu..)
6) Ada kad keahlian (itu perkara biasa)
7) Terletak berhampiran bandar Kangar (salah satu kelebihan utk tidak menyesakkan bandar yg sedia sempit)
8) ...hmm pa lg ek!! haa aku suka beli Yakult kat sini....

*So, sokonglah usahawan BUMIPUTRA... sapa lagi nk tolong melayu kalau bukan orang melayu sendiri...

(maaf gambo tak dapat nk upload, xsempat nk ambik gambo td sbb ujan daaa..)

Ahad, 20 Mac 2011

Sahabat, Kawan dan Teman

Sahabat, kawan, teman, atau apa saja bahasa yg melambangkan sesuatu perhubungan.. semuanya sama cuma bezanya cara kita menghargainya.. bagi aku, sahabat adalah org terpenting dalam hidup aku selepas keluarga.. macam2 kerenah akan kita lalui. pahit manis, suka duka dikongsi bersama.. sahabat datang dan pergi. dan bila kita terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selamanya, dan jika dia kembali, dia tidak mungkin akan seperti dulu.. aku redha jika terpaksa melepaskan orang yg kita sayang. mungkin itu jalan terbaik bagi keduanya... AKU BUKANLAH TEMAN TERBAIK TAPI AKU SENTIASA BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK..

nie satu lg kisah yg aku nk kongsi bersama..
18/3/2011~1.20 ptg @ KFC kangar menjadi saksi segala-galanya bagi aku dan sorang kawan aku nie. Bermulalah segalanya disini. 1 episod baru dalam hidup dia. Aku sendiri pun hampir tidak percaya. Segala gurauan kami kini menjadi kenyataan. She's P******T.. (aku berfikir sejenak. cukup 3 berita mengalami keadaan yang sama n same due plak tu.. teruja sgt). Aku org pertama yang dapat tau berita nie dan akan ku pegang janji2 ku. Bila sampai masanya nanti orang lain akan tau jugak. Alhamdulillah, aku tumpang gembira.. Dalam masa yang sama, aku asyik memikirkan apa akan terjadi nanti bila aku terpaksa menggantikannya. Harap dipermudahkan segalanya. Aku akan pastikan dia menurunkan segala ilmunya padaku. Hehehe.. kalau tak, mau terbalik aku sorang2. yg ada pun tak boleh harap sangat. Ada Mood keja jalan, takdak Mood abis semua org kena tempias.
Aku dengan dia mmg baik (mungkin lar kot). Hampir 2 tahun mengenalinya, aku senang berkawan dengan dia. Seorang yang simple, gila-gila, kuat merapu, dan pendek kata 1 kepala lar jugak dgn aku.. apa jua keadaan pn kiranya boleh masuk lar.. Bagi aku, dia byk mengajar aku erti kecekalan dan pengorbanan. walau dihentam pelbagai cabaran, dia akan cuba melakukan yang terbaik walau hampir gelong dibuatnya. Berkongsi idea adalah sesuatu yang berharga walaupun agak gila2 bunyinya. Serius dalam bekerja tapi kadang-kadang tak boleh 'pakai' jugak. Byk merapu lebih dari kerja. tapi biarlah sekurang-kurangnya dapat redakan tekanan kerja. Bagi aku, dia sahabat yang boleh berkongsi dalam semua hal (open minded).. Aku ingin menjadi seperti dia. Tabah dan berani membuat keputusan, sentiasa belajar mencuba sesuatu yang baru.. Semoga orang2 disekelilingku sentiasa mendapat perlindungan dariNya.. Amin