~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Khamis, 28 Julai 2011

Mari Berselawat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, saya harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Jumaat, 22 Julai 2011

Masih Sayang @ Kurang Mampu?


Ini lah motor kesayangan bapak aku. Motor ni bapak aku beli masa dia keja dulu (lebih kurang 2 tahun lepas dia keja). Walaupun bergaji kecil (RM300/bulan - zaman tu dah cukup kaya).. bapak aku beli untuk kemudahan dia berulang alik dari perlis ke tempat kerja. Masa tu bapak bertugas di MADA Ampang Jajar, Kedah.

Dengan motor nie lah bapak keluar cari makan untuk anak bini. Balik kampong mak di Bintong pun dengan motor nie, bawak kami anak jalan2 pun dengan motor nie, shoping barang dapur pun dengan motor nie.. kiranya semualah dengan motor nie bapak aku hidup. Dengan motor nie lah jugak aku adik beradik ke sekolah. Mak pulak ambik lesen motor masa aku darjah 1. Senang nak ambik & hantar aku sekolah. Tapi jarang sangat nak balik dengan mak sebab hari-hari arwah Cak (tokwan) setia menunggu aku dan kakak. Hehehe

Ok aku tinggalkan kenangan dulu.. mai aku nak cerita pasal sekarang pula…

Kalau dulu motor nie masih baru, masih elok, masih berkilat, masih mampu pergi lebih jauh.. sekarang motor nie dah buruk, dah tak elok, dah berkarat, dah tak mampu nak bawak laju2 (takat 40 ja).. arghh! Tercabar tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku belum mampu nak belikan yang baru untuk bapak. Kadang-kadang aku menangis memikirkan pengorbanan bapak untuk kami adik beradik. Mana taknya, semua permintaan anak-anak bapak tunaikan. Semua motor anak-anak bapak belikan yang baru (bukan second hand tau).. sedangkan bapak, masih belum mampu belikan yang baru untuk diri dia sendiri, kerana bapak masih memikirkan keutamaan anak-anaknya. 20 tahun RB 4992 mampu bertahan kerana dijaga dengan baik oleh bapak. Sebab bapak tahu dia tidak akan mendapat yang baru dalam jangka masa yang panjang kerana dia perlu memikirkan keperluan anak-anaknya. Hebatnya pengorbanan bapak..

BERDOSAKAH AKU kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik..?? Mak, bapak, adik belum mampu balas jasa dan pengorbanan kalian. Hanya doa yang tak pernah lupa adik tadahkan padaNya. Semoga bapak sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah S.W.T… amin



Isnin, 18 Julai 2011

Sayang

Jauh tapi dekat dihati. Sayang tapi tak terucap. Rindu sentiasa dibibir. Benci, jauh sekali
..HAPPY BIRTHDAY AMELIA ABIDIN..
Aku doakan kamu sentiasa dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh terbaik buatmu dan semoga Allah panjangkan umur kamu, jodoh kamu, rezeki kamu dan persahabatan antara kita


Maaf tak dapat nk bagi bunga yang mcm hg mintak tu.. huhu.. aku ganti dengan benda lain ek. benda yg hg leh guna selalu, boleh bawak kemana saja. Jaga leklok ek. hehehe

Juga sempena 5 tahun persahabatan kita, aku harap kita akan terus bersahabat selagi hayat dikandung badan, selagi aku masih disini, selagi masa terus berdetik, aku akan terus bersama kamu. Andai ikatan ini terputus, ingatlah bahawa kita pernah BERSAHABAT. Maafkan diri ini andai pernah menguriskan hatimu. Aku bukanlah kawan yang baik tapi aku sentiasa inginkan yang terbaik buatmu..

Ahad, 17 Julai 2011

Haziq Oh! Haziq

Sepetang bersama Haziq…. Fuh! Sungguh memenatkan kaki ku mengejarnya. Cukup susah nk bergambar. Tau ja orang nk ambik gambaq dia, boleh ja dia wat derk n berlagak tak mau tgk kamera. Tensen btol aku dengan budak nie. Eeee !!

Apa yang aku dapat…. jeng jeng jeng…. Layannnn,, zass













Jumaat, 15 Julai 2011

Eeee!!! Aku benci kau Hipokrit.... Manusia tak bleh lari dari hipokrit. Penting sangat ka? Perlu ka jadi hipokrit? Sempurna sangat lar hidop tu kalau jadi hipokrit, tak guna lar wei kalau asyik nak nyusahkan orang saja. Buat orang meluat ja. Pikir diri tu bagus sangat. Mengaji ja tinggi, tapi tak reti nak hargai orang lain...

Geram btol aku orang macam tu. Perasan bagus. Aarrgghhh!! Tensen tol aku. Nie kali ke 3 dia wat kat aku yang aku rasa terguris sangat hati nie.. (ish, sebut nama kau kang terasa plak. 1 dunia nama kau pemes)... Sabaq je lah. Ya Allah, berikanlah ketenangan dan kekuatan untuk menempuh dugaanMu. Amin

Sabtu, 9 Julai 2011

Kerja + Herbalife



Alhamdulillah, hari nie dah start minum Shake Herbalife. Sebelum nie ada jugak minum tapi minum ikut suka ja. Tak ikut peraturan. Huhu….. petang tadi masa lepak2 kat dapur, terbuka hati nk try shake (ayat mcm hampeh. Padahal hari2 pekena shake.. hehe).. okeh! Hari nie minum shake berbayar tau. Aku ambik pakej 5 hari RM 39.00. siap beli botol dia lagi tau (seperti dalam gambar) bukan nak pomot ler, tapi mmg terasa ringan ja badan nie, otak pun kurang dh berserabut (dah ler bulan nie keja punya banyak), nak buat keja pun tak ler stress sangat. Dulu asal keja banyak ja, mulalah nak tensen. Sejak minum Herbalife nie (tu pun secara suka2 dibelakang tabir. Hehe), Alhamdulillah segala kekurangan dapat diatasi walaupun bukan sepenuhnya. Ye la, kita manusia, bukan semua perfect..

Shake Herbalife ada 5 perisa. Strawberi, Cappucino, Tropical Fruit, Chocolate & Vanilla.. pada aku chocolate & cappuccino lebih sedap. Kadang2 boleh jugak campur Cappucino + Vanilla, Chocolate + Tropical fruit.. N mcm2 lg, bergantung pada selera masing2… skarang aku dah kira ok lar, dah leh buat shake sendiri (Hasil pemerhatian ok).. selalu, sblom balik keja aku akan tolong lah sket2 kat dapur tu.. bukan apa, seronok nak beramai dengan budak tu. Meriah sangat, tapi dalam kemeriahan tu ada yang kurang senang dengan sesetengah pihak sampai nk bermasam muka. Nk buat kerja pun rasa tak selesa. So, timbullah ‘acara’ kutuk-mengutuk (dan aku pun terlibat sama. Huhuhu ampunnn…).. hurmm itu lah manusia, tak pernah lari dari buat silap tapi sekali dh buat jangan lah nak ulang lagi.

Hari nie aku buat Overtime sampai petang. Fuh! Letih tau, tapi nak buat macam mana, nama pun kerja. Tanggung jawab tuuu… kerja memang banyak bulan nie (menurut bos aku ler).. Boss tolonglah bagi idea sama. Jangan tau nk komen, pastu hentam balik pulak.. sesungguhnya staffmu ini penat sangat berpikir nk cari idea. Dah ler nak kena siapkan segera.. mana nak dapat idea kalau wat keja kalut2 maaaaa.. huhuhuuhuhuhu….

(AKAN AKU TEMPUHI JUA)

………… ok cukup untuk hari ini… Esok cutiiiiiiiii…. Yeyeye…. Bahagia bila dapat dok rumah (tapi pantang cuti ja mesti tak lekat kat umah. Takpa janji hari ahad aku tak perlu mengadap opis.. huhu terasa membosankan)………..

Jumaat, 8 Julai 2011

TerSangat Teruja :)


Aku penah menggunakan pepatah "Permulaan yang ringkas, ditengahnya kegembiraan dan kadang2 ada kesulitan, tapi penghujungnya panjang dan tidak bersempadan".. pepatah nie ada aku post kat dalam pesbook pada 18 jun 2011.. (intronyeee jerrr.. hehehe)

Bulan nie tersangat sibuk dengan tugas yang tak pernah habis tapi siap jugak ok, yang tak habis tu job bertimpa-timpa. Habis 1 job mai job baru plak, kadang2 blom habis lg job yang baru dapat tadi mai plak yg baru. Alhamdulillah, itu namanya REZEKI.. aku enjoy ja yang penting jangan sapa2 kaco time aku tengah wat keja. Bagi aku siap dulu baru komen. Kadang2 serabut kepala jugak bila mcm2 benda nk kena pikir. Nak buat mana satu dulu pun tak tau. Time tu idea memang dah jemm giler. Tersangkut kat ‘traffic light merah’… aku pun jd blurr satu macam dah. So, design2 aku memang terok giler. Huhuhu… yang bos aku pulak tak henti2 peringat staf2 dia yang bulan nie sibuk. Keja kena focus. Hurmm ok lar jugak wat macam tu. Bg bertambah serabut pala aku. Serabut bila pikir banyak benda yang tak setel lagi.

Hari nie aku happy, hilang tensen, hilang penat pikir pasai kerja.. sebab teman kak Ana shopping barang baby. Dia pun xlama dah nk ‘meletup’.. yeyeye (bertambah kusut pala aku).. So, sementara masih bertenaga lebih baik dia beli siap2. Dapat jugak aku tumpang shopping untuk bakal anak menakan aku. Rindu lar pulak kat kakak aku.. aku tak ler beli banyak sangat macam mak cik Ana tu. Aku just beli sepasang baju dan sepasang sarung tangan n kaki jer.. comey sangat. Insyaallah nanti bila dah dapat duit OT@gaji, aku nk beli lagi lah.. hehehe

Fuh!! Banyak jugak mak cik Ana beli barang2 keperluan utk baby dia tu. Mau habis jugak dekat 200. Itu pun bukan beli apa sangat. Tilam, 4 pasang baju, 4 pasang sarung tangan, towel, botol susu, pampers, tisu basah, set losen baby dan mcm2 lagi lah.. baju saja pun dah rm10 lebih.. sakan, sakan, sakan… mahal jugak keperluan baby nie.. sapa yang nk sambut anak sulung tu, simpan lah bajet korang banyak2 tapi bila dh terlebih bajet tu jgn boros pulak yee..

Seronok bila dapat shopping barang baby nie. Barangnya semua comey giler2. Mcm nk angkut semua ja.. hurmm seronok jugak bila dapat pilih baju baby utk anak mak cik Ana. Aku harap mak cik Ana dapat baby BOY (Doa nie tau.. hehehe). Teruja sangat. Tak sabaq nk tunggu bulan 10 nie. Nanti nk teman kak aku plak lah.. balik dari shopping td terus massage kak aku cakap aku dh bli baju utk baby. Kakak cakap nanti dia balik sini nak ajak aku pulak teman dia. Yahoooo!!! Tersangat teruja (macam poyo ja..buek :p)

Dan aku akhiri dengan pepatah "Permulaan yang ringkas, ditengahnya kegembiraan dan kadang2 ada kesulitan, tapi penghujungnya panjang dan tidak bersempadan".. renung-renungkan

Khamis, 7 Julai 2011

Kau Nie Sibuk atau Pemalas....!!



Sudah hampir 2 minggu aku sudah dan betol2 menyibukkan diri dengan kerja, kerja, kerja dan kerja... sejak peristiwa 26/6/2011 aku tidak akan menangis lagi.. salah aku jugak kerana terlalu sibuk dengan kerja, aku lupa siapa aku pada dia. Dan yang pasti tiada lagi peluang untuk dia. Biarlah aku begini.....................