~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Rabu, 19 Ogos 2015

Selamat kembali

Assalamualaikum....

Selamat kembali berblog untuk diri sendiri.. setelah sekian lama menyepi.. 
kesibukkan, kesemakkan, kerosakan, kesepian, kehilangan dan bermacam 'kee' yang tidak dapat dielakkan.. 'kee' yang kadang-kadang aku sendiri tak paham apa yang kepayahan aku nak ingat password blog sendiri.. 

Selepas menempuhi bermacam 'kee' sampai ke hari ini dan aku pon dah meluat dengan keyboard ni..
Pagi tengahari petang malam asyik mengadap ke benda alah ni.. dengan kesusahpayahnya aku tergodek la komputer baru aku ni (nk bgtau sama baru beli komputer untuk bapak tapi anak dia hentam dulu.. testing katanya).. ok sambung, jadi selepas digodek2, kebarang kalian password telah pun direset semula.. Makanya terdapatlah password baru...

kesimpulannya, aku akan kembali merapu seorang diri.. Sekian :)

#bodakfy #alhamdulillah #senyumselalu

Isnin, 10 Februari 2014

Bukan Senang Nak Memaafkan Orang Dengan Ikhlas!

Bukan senang nak maafkan orang, perkataan MAAF itu sendiri pun sukar untuk kita ungkapkan apetah lagi untuk memaafkan.
Tapi, adakah anda tahu dengan memaafkan seseorang anda akan dapat sesuatu yang agak sukar untuk anda perolehi di dunia realiti sekarang.
Apakah ia? KETENANGAN.
Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu perkara. Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa, yang memaafkan dan mengampunkan kita itu – ALLAH. Pencipta kita.
Jadi, bagaimana kita boleh terfikir untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadapNya?
Kadang-kadang bila seseorang minta maaf kepada kita, kita senang mengungkapkan ‘okay, saya maafkan awak’.
Lebih-lebih lagi zaman teknologi canggih macam sekarang ini, hanya perlu meminta maaf dan memaafkan melalui mesej, whatsapp, bbm, wechat dan lain-lain.
Nampak senang bukan?
Tapi, adakah perkataan ‘saya maafkan awak’ itu lahir dari hati yang tulus ikhlas? Adakah ia benar-benar terbit dari hati kecil kita yang realitinya terluka dek kerana perbuatan insan yang meminta maaf itu?
Senang cerita macam ini lah, kalau kita buat salah dekat orang, kita mesti nak orang itu memaafkan kita kan? Takut-takut kalau tak sempat minta maaf, letih jugak nak cari orang itu di padang mahsyar nanti untuk minta maaf.
Tapi, kalau kita nk orang maafkan kita, kita mesti ikhlas dalam meminta maaf.
Percaya lah cakap saya, kalau kita minta maaf pun tak ikhlas dari hati, nescaya orang yang memaafkan itu pun akan jadi tak ikhlas dalam memaafkan.
Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang. Tenang setenang-tenangnya.
Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.
Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan.
Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah.
Maafkan lah orang yang berbuat salah kepada anda walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji. INGAT, HANYA ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.
Walaupun hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun. Tak guna duit kita walau sesen pun.

Jumaat, 29 Jun 2012

Rindu kamu @@

Saya
Sayang
&
Rindu
EMAK
sangat-sangat...
Ya, tersangat rindukan 
Kehadirannya ~ ~

Khamis, 17 Mei 2012

Jika INGIN lepaskan, 
lepaskanlah SEPENUH HATI..
jangan dilepaskan separuh hati, dipegang separuh hati lagi..
kelak nanti menghambat hati, menjerat diri, MENYEKSA SANUBARI..
lepaskan dia, lepaskan sepenuh hati..biarlah dia pergi..
semoga dirimu menemui DAMAI HAKIKI, walau bersendiri…


"Kerana itu Allah menimpakan kepadamu KESEDIHAN demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang LUPUT dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
(Surah Ali Imran : 153)


Menunggu PELANGI YANG INDAH, selepas hujan ribut petir yang dialami..
terasa amat indah walaupun lebat air yang menitis membasahi bumi..

studentfy | ~~

Khamis, 3 Mei 2012

HTF lagi, lagi dan lagi ;(

2 Mac 2012 - Pertama kali mak dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tak stabil.....


|
|

v




3 Mei 2012 -  My mom sekali lagi di masukkan ke wad. Ini kali kedua mak ditahan untuk rawatan lanjut. Kemarin abang bawak mak ke KMC untuk pengesahan masalah kesihatan mak dan doktor kat KMC sarankan mak dirujuk ke hospital kerajaan sebab jenis rawatannya sama cuma kos nya lebih tinggi jika buat di KMC... Sabaq ye mak ;(

 Sejak bapak gtau mak di masukkan ke wad, rasa nak nages ja kat opis tadi tapi tahan ja lah hati oii  <--- cuba untuk tersenyum dan sibukkan diri dengan keja, padahal 1 apa pon xtau lah yg aku buat.. Susah hati sebab tak dapat tengok sendiri keadaan mak masa tu ;(

Abis keja terus p kat mak, maaf bos tak sempat nak maklum  <-- otak pikir nak tengok mak dulu

Alhamdulillah mak duduk di wad yang agak selesa, bilik ada air cond kottt  <-- kesian mak sejuk malam2

Dan yang paling aku tak suka bila tengok AIR MATA mak <--- sakit ye mak depa cucuk, nak kena depa nie, haishhh


Aku : mak ok dok sini?
Mak : ok, selesa
Aku : mak nak adik teman malam nie?
Mak : tak yah, balik tidok di rumah, sok buleh mai lagi
Aku : esok adik ambik cuti
Mak : simpan la cuti tuu. mak tak dak apa pun. bukan dok sorang2
Aku : ok, (dalam hati, lambatnya nak ahad.. boleh teman mak)

~~ Sayang Mak...... Berjanji akan cuba terus kuatkan hati ini.. biarlah hati ini EGO sekali-sekala ork, kerana aku tahu aku tak punya siapa2 untuk terus berada disisi aku melainkan mak dan bapak... 

~~ Thanks to both my sist coz memahami n memberi semangat, buat aku tersenyum pon dah memadai. TQ 

studentfy  |  sunyi  |  rindu