~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Rabu, 30 Disember 2009

2010

selamat menempuh tahun 2010... cabaran baru yang aku pelu lalui.. biarlah tahun-tahun lepas menjadi kenangan dalam hidup aku.. pahit manis telah aku tempuhi.. sakit, pedih, kecewa, gembira, kasih sayang, kebahagiaan... telah aku rasai..
mampukah aku ubati kesakitan itu? mampukah aku menanggung kepedihan lalu? dan apakah masih ada kasih untuk ku lagi..? sampai bila harus begini........

aku berharap dan berdoa, semoga taraf hidup aku lebih baik dari tahun2 sebelum nie. semoga rezeki yang aku cari selama nie diberkati-Nya..

aku berharap dapat melupakan segala pahit, duka dan kekecewaan aku dapat diubati. aku tak ingin lagi dipermainkan... cukuplah pengalaman lalu mengajar hidup aku dalam mengenal erti SAHABAT..

ku tahu setiap yang aku miliki, ia akan terus abadi...
setiap yang aku lepaskan, ia takkan kembali...
setiap ujian yang aku lalui, itu adalah pengalaman yang perlu aku teladani..
dan setiap yang berlaku, ku terima kerana itu takdir Ilahi...

Rabu, 26 Ogos 2009

KeNanGaN

kenangan bersama kawan2.. lama tak jumpa depa. masing2 sibuk dengan kerjaya masing2. huhu... aku pun tak kurang hebatnya. 'dihujani' pelbagai tugasan yang kadang2 boleh jadi sakit jiwa. tapi aku bahagia dengan apa yang aku buat sekarang. kerja yang mencabar minda untuk berfikir meluahkan idea2 dan kadang2 terpesong dari landasan yang membuatkan kita 'kelu' untuk berfikir.. (xphm..?? wat2 paham jer lah..)

sesekali dapat jumpa kawan2 boleh membuatkan aku lupa sebentar dunia 'advertising' yang tak pernah sunyi. tambahan pulak sekarang dekat nak raya. macam2 ragam pelanggan. seperti yg aku kata td, aku enjoy wat keja nie. mencabar... aku 'bahagia' bila hasil kerja aku dihargai org lain. biarlah karya aku tidak bertaraf dunia sekalipun, yang pasti kepuasan menghasilkan sesuatu karya. idea dan imaginasi pelu ada dalam kepala nieee.. huhu

hmmm... diam tak diam, tinggal seminggu lagi nk raya. cepat betul masa berlalu. ( dh muncul tanda2 kiamat..) huhu... persiapan raya?? terlalu sibuk sampai tak dak ruang untuk pikir pasal persiapan raya. ingat nak shoping baju raya tapi bila..?? kalau tak sempat sangat terpaksa lah aku pakai yang tahun lepas punya. baju oren yang mak aku jahit bulan 6 hari tu masih elok. baru pakai sekali masa kenduri kawen sepupu aku. kebetulan tahun nie warna tema family aku warna oren. so, takyah susah2 nk pikir pasal baju. jahit baju kurung byk2 pn wat per klu pakai sekali dua pastu terperap jer dalam almari wat penuh almari aku jer. dalam bilik tu pun dh 2 almari pakaian aku saja.. tahun depan kena beli lagi 1 nie. hehehe

kuih raya..?? ingat nak buat biskut.. tapi biskut pa ek!! lastly, kalau tak sempat gak terpaksalah beli 'biskut tunjuk' jer.. tapi setiap tahun macam tu lar. har3.... dlu mak aku ajin gak wat kuih. skung tak lagi. ntah. no komen. dlu mak slalu wat makmur, biskut kacang dan kuih siput dan kalau rajin buat ler rendang n ketupat. mak lang aku n family dia suka sgt mkn ketupat. dan kuih yang selebihnya beli jer.... hehehe

ok lah setakat nie saja coretan aku.. nak sambung wat kejaaaaaaaaaa...
di kesempatan yg ada aku nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua rakyat malaysia terutamanya kawan2 yang mengenali diriku. maafkan lah segala salah silapku....

SALAM AIDILFITRI........................

Rabu, 19 Ogos 2009

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terlekat di mata kail…
Hendaklah kamu mengambil ikan itu…
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja…
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…
Kerana apabila ia mulai RETAK….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
Begitulah juga…
Jika kamu sedang memiliki seseorang…
TERIMALAH dia seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…
Anggaplah dia manusia biasa…
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga...
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU …. dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI… kita akan BAHAGIA, BAHAGIA
dan terus BAHAGIA
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam...
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta nikmat dan keberkatan daripada-Nya.... amin

Isnin, 17 Ogos 2009

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan mimpi
masa bagaikan berderulangkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlau panas untuk ku tunggu menghirup
sehingga terlupa panas di akhirat kelak
masih taksub dengan setia keduniaan
siapa aku di depan Tuhanku.

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik takbirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
rela terlena sambil menarik selimut dosa
bercumbu-cumbuan dengan waktuku
bersantai ke alam fantasiku
siapa aku di depan Tuhanku.

Akhirnya
kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang
di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada matahari dan juga bintang-bintang

Jumaat, 14 Ogos 2009

Rempah Bajet

Salam...

Nie satu lagi produk yang aku nk pomot. REMPAH BAJET...

kenapa rempah bajet? ntah aku pn xtau camna leh dapat nama nie. Rempah keluaran bumiputera. bersih dan halal.. Dikilangkan di Pantai Timur dan dibawak ke Utara. Dari pembungkusan, perlabelan, dan seterusnya dipasarkan semula oleh Merida Enterprise.. rempah bajet boleh didapati di Pasar Tani Taman Sena Indah, Kangar setiap sabtu dan ahad dan juga terdapat di Nizam Fresh Mart iaitu di Desaraya Taman Guru Jaya, Kangar.

Pelbagai jenis rempah ratus terdapat disini. Terdapat juga tepung goreng pisang dan tepung hot spicy.. Harga yang berpatutan dan menjimatkan.


Nak tau, tunggu apa lagi. Cubalah......... ^^

*Klik pada image untuk paparan yang lebih jelas*

EtiVICO

MCT daripada minyak kelapa dara asli yang diproses secara bioteknologi tanpa penggunaan haba atau kimia dan mengekalkan keaslian tanpa menjejaskan sifat dan khasiat semulajadi. MCT yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam susu ibu. Ianya tidak perlu dihuraikan lagi dan akan terus meresap ke dalam sistem penghadaman dan menghasilkan sumber tenaga yang tinggi dalam badan. MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser. kandungan asid laurik yang tinggi di dalam EtiVICO membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh.
sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor yang tertera atau emailkan ke : etikakekal@yahoo.com

Isnin, 10 Ogos 2009

Apa Ada Di Dalam Kaabah?

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai "Rukhamat Humra", tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.

Sabtu, 20 Jun 2009

Dah Lama...

Assalamualaikum ;)

"dah lama.." xtau nak boh tajuk pa.. belasah jer..

hmmm dah lama aku xlayan blog aku nie.. i'm not lazy but i'm so busy.. huhu

sejak dah tukar 'profesion' nie, hari-hari aku penuh dengan keja, keja, keja, keja & keja..

walaupun keja nie agak sibuk, aku enjoy wat keja nie. mencabar.. yer lar, sebab aku minat N dh lama aku impikan. biarlah xsampai tahap profesional lagi pun xpe.. bagi aku, belajar dari bawah baru kita dapat capai apa yang ada di atas. belajar dari kesilapan, guru dimasa hadapan. walau kesilapan tu kadang2 berulang dan mentensenkan kita, namun kita sedar akan kesilapan tu dan cepat2 betolkan. Insyaallah semua akan berjalan dengan lancar =)

Rabu, 22 April 2009

Interview Lagiiii..

interview..interview.. interview.....

Baru2 nie dapat surat panggilan interview lagi kat suk negeri perlis.. seronok sangat sebab jawatan tu aku minat sangat dan akhirnya tiba jua.. seperti sebelum nie, segala persiapan yang diperlukan seperti resume, salinan sijil, sahkan sijil, susun sijil dan macam2 lagi lah, semuanya aku dah siapkan awal2 lagi. semangatlah katakan.. lagi pun aku sibuk lar jugak sejak 2 3 menjak nie. takut tak sempat pulak.. huhu

17/4/09-8.00pg........

hmm org tak ler ramai sangat. dalam 20 org tu ada lar. mgkin sebab hari jumaat kot.... turn aku no 13.. lama gler... n sempat jugak aku berkenalan dengan sorang budak nie. baru abis blaja kat kolej komuniti arau.. orang kuala perlis. comeyy!! (hehehe..) dia dulu ambik kos komputer.. tercabar jugak aku. ye lah aku nie apa lar sangat. asas komputer bukan banyak mana pun.. harap minat jer lebih. walau apa pun, pengalaman menghadiri kursus CompTIA di politeknik dulu dan kemahiran yang aku ada sepanjang bekerja di CIC sedikit sebanyak meyakinkan aku yang AKU BOLEHHHH..!!!

Dah sampai turn aku. ketaq lar jugak walaupun dah banyak kali lalui. huhu... ada 2 org panel (sorang ppuan, sorang lelaki).. sempat lagi diaorang buat lawak time tgh interview tu. ok lar jugak kan. hilang gak ketaq. hehehe... first, perkenalkan diri.. cam besa aku ckp lah pa yang patut pasal aku, family, kerja n pape yang terlintas di fikiran.. abis tu, dia panggil ke depan. dia bagi aku satu motherboard kosong & dia soh terangkan pasal motherboard tu. jenis, port yang ada, nama port n semualah pasal benda tu.. tergamam gak aku (tapi still leh control..) so dengan yakinnya aku pun gitau apa yang aku tau pasal benda tu. belasah jer sebab aku tak study pn.. sblom nie men pasang jer. xtau pa benda. janji jalan/boleh guna.. huhuhu.. tapi alhamdulillah leh jawab gak walaupun kompius.. n last soalan dia aku xleh jawab.. jenis2 ancaman terhadap komputer. aku jadi blur jer time tu sebab tgh pk betul ke tak pa yang aku cakap pasal motherboard tu tadi.. huahaha wawawaaa... so aku jawab pa yang terfikir jer. betul 1 jer tu pun. huhuhu.... tension..tension..

kesimpulannya aku nak ingatkan korang yang diluar sana terutama perempuan, kalau dah minat sesuatu bidang, sblom p interview prepare ler betul2.. jangan men belasah jer.. kalau yang pandai pasang komputer, jangan tau pasang jer. kena tau jugak nama port, fungsi n pape jelah pasal benda tu...

aku nak sambung studyyyyyyyyyyyyy...!!!!!!!!!

"Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya.."

Khamis, 5 Mac 2009

SeLaMaT...

Alhamdulillah..

Tak de pape nk cakap.. just nak ucap ribuan terima kasih kepada kawan aku, Nurulain. kerana dia dah banyak tolong aku dan tak lupa jugak kepada family abang ain, abg Zaidee & kak Roha..
sepanjang berada di kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri temuduga, jasa baik diaorang takkan aku lupa..
perjalanan dari rumah (kat Rasa, Kuala Kubu Bharu) sampai ke Damansara mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit... (jauh tuuu...) sampai di LPP, jam Kul 9.15.. (lewat setengah jam..huhu) nasib aku & ain baik. kami antara 10 org pertama yang akan ditemuduga. kiranya tak perlu menunggu lama. masuk ja kat satu bilik yang ditempatkan khas untuk kami, aku terkejut, tergamam, teruja, n ntah pape lg lah... rakan seperjuangan semasa di Politeknik dulu. Azizi dan Kak Dayah.. tak sangka diaorang pun sanggup datang jauh2.. aku respect ngan diaorang terutama Azizi.. sepanjang berada di situ aku nampak budak2 senior kami pun ada jugak.. hope diaorang berjaya.. Hidup SMD
meh aku nk cite sket pasal budak nie (maaf ek azizi, aku nk gosip sket pasal hang. bkn pe just sebagai teladan kpd kwn2 kat luar sana..)
aku pendek kan cerita lah ek.. cite nie sbg teladan kpd post aku yang sebelum nie..
aku kagun dengan budak nie. sanggup datang jauh2 dgn bapak dia. kalau tak silap dari langkawi. naik bas turun bas. kat KL tak de sedare mare. sampai KL cari hotel yang berdekatan dgn tempat temuduga.. hari temuduga naik teksi/bas ke tempat temuduga.. lepas abis temuduga bergegas ke hentian bas (nak blk langkawi).. pastu aku msg dia mlm 3/3/09 (time tu aku pn on the way nak blk perlis). dia cakap ade kat alor setar (tido hotel) sok pagi nya baru balik langkawi.. penat gler kalau aku jadi dia.. tapi tulah kerana semangat nak cari kerja.. tu lah aku boleh cite sket2 pasal dia.. semoga berjaya Azizi..
aku bersyukur sangat sebab tak perlu pikir pasal tempat tinggal, makan minum dan kenderaan.. (thanks ain.. huhu).. nie lah maksud aku psl post aku yang sebelum nie. aku hairan bila da sorang budak nie dapat interview skali ngan aku. tapi dek kerana malas, dia sanggup lepaskan peluang yang ada. aku percaya peluang nie akan datang sekali ja. tapi ntah ler macam mana dgn budak nie.. ish3 sapa lah kawan dia.. aku bukan nak salah kan dia tapi aku tak nampak apa halangan yang menyebabkan dia malas nak pi.. huhu sedey3

Jumaat, 27 Februari 2009

Temuduga

Alhamdulillah masuk nie dh empat kali aku dipanggil temuduga.. dua secara tidak rasmi & dua lagi pulak secara rasmi.. terbaru yg aku dapat kat Peladang. tiga yang sebelum nie first kat jabatan pertanian, SUK negeri perlis kemudian kat lembaga sawit.. tapi belum ada rezeki lagi nk panggil masuk keja. huhu... lagipun aku tak berminat nak menempuh alam pekerjaan buat masa sekarang. kalau boleh aku nak ler sambung blaja lagi.. hehehe.. tapi kalau dah sampai rezeki keja tu aku terima. mungkin rezeki aku di situ.. huhu


Buat kawan2 di luar sana, kalau dapat interview tu jangan ler lepaskan peluang. peluang tu mungkin datang sekali ja. dapat tak dapat belakang kira.. kalau da keluar borang jawatan kosong tu isi jer.. jangan memilih jawatan tapi ikutlah kemampuan/kelayakan yang kita miliki.



**Aku heran napa org yg dapat interview malas nak p..?? sedangkan dulu masa borang kuar dia dulu isi, dia dulu pos.. skung bila dipanggil interview malas nak p.. padahal dok umah merabihkan beras mak pak.. bila tahun hampa nak keja...?? huhu... lu pikir ler sendiri

......maaf kalau korang terasa, aku just bagi pendapat jer.....


Khamis, 19 Februari 2009

If tomorrow never comes..

If tomorrow never comes
Have I done what I should have done
todayOr did I just let time slip away

If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show

If tomorrow never comes
Will I know what is next to come,
And will I get to paradise with a warm welcome

If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today

If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest
We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY,... AMIN!!

Meet My Friends..

Sesungguhnya masa lalu tak kan berulang lagi tapi bagi aku kenangan itu tetap hidup dalam diri aku.. kenangan bersama teman-teman seperjuangan semasa aku menuntut di politeknik (PTSS).. salah satu tempat dimana aku belajar erti kedewasaan hidup.. belajar mengenal erti sahabat.. thanks and miss you all..

Jumaat, 13 Februari 2009

JOM BOIKOT DEPA...!!!


Ketika berlakunya krisis kejatuhan nilai hartanah (krisis subprima) di Amerika, firma perbankan di seluruh dunia menghadapi kerugian yang mencecah berbillion-billion ringgit kerana pelaburan ini. Ketika ini, firma perbankan Islam yang bertaraf global tidak terkesan sedikit pun kerugian rentetan daripada taufan ekonomi yang melanda dunia, malah ketika itu mereka ghairah melancarkan produk kewangan Islam. Bon Islam yang dilaksanakan berbeza dengan bon konvensional kerana sistem muamalat Islam bebas dari segala pelaburan risiko yang meragukan. Malah bon Islam lebih efektif dan original! Sebab itu sebenarnya Islam hari ini berpotensi untuk mendahului ekonomi Yahudi. Bagi saya, idea boikot itu bukanlah idea yang lapuk, malah terbukti kesannya hari ini pasaran ekonomi ‘729’ jatuh merudum seperti mana berlaku pada pasaran-pasaran produk Belanda ketika berlaku penghinaan terhadap Rasulullah sebelum ini.

Sekiranya ekonomi Yahudi jatuh, adakah umat Islam membiarkan keadaan itu hanya dengan laungan ‘padan muka’ atau memulakan revolusi ekonomi baru menyaingi Mc Donald, 20th Century Fox, Disney, dll? Sebab itulah, erti hidup bukan hanya pada MEMBERI, tetapi juga MEMBUKTI! Jika kita hanya sibuk memberi, orang sana sibuk menerima, maka sifirnya kita tidak perlu bergerak menuju anjakan paradigma.

Perkataan Syukur Yang Dilupai

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

Rabu, 11 Februari 2009

KATA ORANG...

Kata orang
Cinta suatu yang indah
Perasaan bahagia, sikap riang gembira
Sentiasa hadir di dalam jiwa
Kata orang
Rindu suatu keresahan
Ianya sentiasa hadir
Jika pasangan berjauhan
Kata orang
Sayang suatu sifat yang murni
Jikalau ditambah keikhlasan
Sayang menyayangi suatu kebahagiaan
Kata orang
penantian suatu penyeksaan
Terseksa zahir dan batin
Tanpa rasa belas kasihan
Kata orang
putus bercinta bgai hendak gila
manakan tidak.....
jika keseluruhan kepercayaan telah diserahkan
Kata orang
ego suatu penghalang
Bagi mengecap kebahgiaan
Masing-masing tidak mengaku kalah
Namun....diakhiri jua dengan penyesalan
Kata orang
Perkataan maaf suatu keajaiban
Walau hanya satu perkataan
Ianya mampu merobohkan sejuta keegoaan
Kata orang
Adat bercinta
Sentiasa menyayangi, memahami
Dan ditambah pula dengan kesetiaan
Tetapi jika hanya sebelah pihak
Yang menghargainya
Percintaan tetap tidak berseri
Selamanya.........

Selasa, 10 Februari 2009

21 tahun

21 tahun..

mencari arah tuju hidup yang lebih sempurna
pengertian hidup yang semakin mendewasakan diri
pencarian yang belum ku temui jawapannya
jalan yang penuh berliku, berombak mengduga kematangan..

21 tahun..

kau pergi meninggalkan daku keseorangan
bawa bersama kenangan semalam
kesepian datang membawa kerinduan
derita hati dalam kekeliruan

21 tahun...

Februari dalam lipatan kenangan
suatu hari yang mengubah pendirian aku
melakar segala derita kerinduan dan kekeliruan
kasih yang mekar kini layu ditiup angin