~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Isnin, 25 April 2011

10 K Dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.

“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”

Jumaat, 22 April 2011

kerja oh! kerja.. sepanjang minggu nie (eh! bukan minggu saja.. tiap2 minggu kot) hari-hari aku penuh dengan kerja, kerja, kerja.. apa yg aku wat pn xtau lah. nk kata duduk saja, byk kerja yang aku perlu siapkan. nk kata buat kerja, ada saja aku nk mengulur.. tapi yg penting keja aku semua BERES.. hehe

masuk hari nie dh 3 hari kak yani (jiran sblah..hehe) tak masuk opis.. bercuti tenangkan fikiran.. ah! rindunya kat dia.. hmm rindu jugak kat minah sorang nie (Amelia). dh 2 minggu xjumpa.. xsabaq nk jumpa dia minggu depan.. c u soon yg :D

selama percutian kak yani, tinggal lah minah 2 org nie (termasuk aku ler tu), aku tgk hg, hg tgk aku.. 3 hari xcukup korum. so, apa lg time makan tingat lar plak kat dia. kuar mkn pn pa lg, REMPIT ler kami 2 org. Takot pn ada, ye lah bwk org prgnant, jd papa kang, aku jugak yg bertanggungjawab tp jgn isau aku seorang penunggang berhemah. sekali kena pelempang kat blakang daa (sebab pa lg, bawak laju daa) huhu..

hari first - makan kat kedai kak chaq. mak cik ana mengidam pau. tgk mcm sodap ja pau dia. dlm bekas tu ada 7 biji.. kami balas semua yg ada dlm tu. kejam x? hmm nasiblah sapa cepat dia dpt.. blk opis mmg licin lah semua pau tu.. haa dh alang2 sampai, mkn terus jelah kat situ. sedap lar jugak lauk2 kat situ.. masa makan tu,da lar sorang pompuan nie. dok tgk ja aku. pastu dok senyum2. kebetulan meja kami bertentangan. aku pn senyum ler blk. sambung mkn wat derk ja.. pastu terpikir, mcm pnh nmpak dia nie, tp dimana ya... oh! yaa, tu lah lecturer BI aku masa kat poli.. Madam Rozalita. comey sgt.. Ya Allah, napalah aku xpasan dia.. uginya xtegur dia. huhu ampumm Madam :C

hari ke 2 - masih merempit mcm kemarin. kali nie kami bertekad utk tdak makan tgh hari (perut ada sedikit bunyi utk mintak diisi).. kak ana mengidam nk pkai broadband pulakk.. hehe.. hah! maxis center lah jawabnya. punyalah panjang cina tu pomot (kak ana mesti tergoda).. pastu servay plak kat celcom depan tu.. promotion macam HAMPEH. reject terus.. nampak plak telfon2 kat situ. hati nie bersemangat nk tuko fon baru (mula berangan nk tuko fon.. tungguuuu).. masa blk tekak nie kering giler, dgn xmakan, berjalan tgh pns, so, kami pun mengorder Teh o Ais Limau kat kdai pak pin. perghh!! teh o ais dia, fulamak mcm HAMPEH. masammmm.. agaknya dia campur dengan pati limau n mungkin pati limau tu dh xpired.. huhu :[

hari ke 3 - hari nie kami p jauh sket. CMART.. so, kena lar nek keta. kak ana kita mengidam pulak nk p CMART (terok jugak perangai org prgnant.. hehe).. perot nie dh lapaq giler. dgn cuaca yg panas, tekak nie dh naik kering. kami mkn kat Restoran Singgah Utara.. boleh tahan ler lauk kt situ. harga pn berpatutan. terus kan ke destinasi utama.. ronda2 dlm cmart. belek2 slendang, belek2 baju, hah! sekali tertarik nk g servay handfon.. adoi! keinginan utk memiliki handfon baru kian memuncak.. Xperia Vivaz pro COMING SOON.. semoga dimurahkan rezeki.. amin

Isnin, 18 April 2011

Di Hening Malam

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya

Jumaat, 15 April 2011

Apa DaH JaDi Nieee....

huh! kusangka panas hingga ke petang rupanya mendung di tengah hari, kuharap kasih berpanjangan rupanya terhenti di pertengahan

............................................................................................................................

Buat pertama kalinya hari nie aku dah terpacak depan opis seawal jam 7.44am (mengikut jam CASIO aku).. kebiasaanya 7.59am baru dok tang simpang nk masuk opis (janji kul 8.00 aku dah masuk opis) aku kan pekerja cemerlang tp xdak harapan. hahaha.. naseb bek lar opis aku tak menggunakan khidmat mesin punch card. kalau x aku lah pemegang rekod terbaik..

Mimpi pa tah sampai opis awai.. hmm xdak pa lah keja mcm biasa jgak tapi mungkin kesibukan menjalankan tugas menuntut aku melakukan semua nie. Almaklumlah wat 2 tugas dalam 1 masa (pulun sebab nk cari duit poket lebih) sepanjang minggu nie agak sibuk dengan tugas2 yang membebankan pala otak. Alhamdulillah aku tidak mengalami tahap ketensionan yang melampau.. hehehe idea, idea, idea mana mau dapat hah!

Dan akhirnya berjaya gak aku siapkan.. Alhamdulillah

Setiap hari wajib ada sesi melepak dalam opis aku. bukan apa, sekadar menghilangkan penat dan merehatkan mata nie yang asyik dok mengadap monitor, keyboard, n main tikus xdak kaki.. mata aku pun dah tambah selapis lagi. huhu... melepak maksud aku bukan melepak sampai 2,3 jam, cukup lah dalam 5 hingga 10 minit.. bos aku jugak yang cakap kita kena cari keseronokan bekerja.. janji keja jalan.. hehe

Jumaat, 8 April 2011

Khamis, 7 April 2011

Sekadar bersahaja

Alhamdulillah rezeki utk hari ini...

Dapat RM2++.. kerja sambilan utk tambah duit poket.. tu pun termasuk payment tertunggak yg 2 bulan lepas punya.. td pun bayar xabis.. ada lg tuu. bayar bulan depan.. huhu

Hmm aku xkisah sangat lah pasal payment lambat ka cepat.. yg penting aku wat keja ikhlas nk cari rezeki. rezeki ada dimana-mana, cuma kita antara nak dgn tak nak ja. antara rajin dgn malas..

(aku nie kalau malas tahap gaban, kalau rajin hmm xyah ckp r, mmg terbaekk punyalah.. haha)


cukup lah utk hari ini.. nk tidokk.. letih daaa ~~

Jumaat, 1 April 2011

Oh! LamPu MaLap

eh! kenapa aku men'title'kan dgn "Oh! LamPu MaLap"...??

Dah memang kedai tu org gelar "Kedai Lampu Malap" sbb kedai tu mmg menggunakan lampu yang malap. mungkin dia guna konsep mcm tu kot, argh! lantak lah janji sodaapp.. kalau orang yang tak biasa dengan kedai nie mmg kena kutuk giler2.. mmg simple giler lah kedai makan nie. masakan dia mmg sedap (mulut aku ler, mulut korang xtau lah)


Paling aku suka Nasik Goreng Paprik dengan Ayaq Hijau.. fuh! mmg terangkat selera.. aku sendri pun xtau apa yg dia boh dlm masakan tu sampai aku xdak menu lain nak makan. Kalau makan mmg licin lah pinggan tu. asal p kedai tu ja N.G Paprik + Ayaq Ijau... mak bapak aku pun dh terikut dengan menu aku.. nasiblah sapa soh xreti nk order yang lain.. hahaha


Paling kurang pun sebulan sekali kami sekeluarga akan makan kat situ.. ada sekali tu (tak lama la dlm minggu lepas) memang kempunan tahap cipan nk makan kat situ. Seminggu sblom tu kedai tutup, so minggu lepas dalam keterpaksaan bapak aku memaksakan dirinya utk ke kedai tu sbb aku dh 'mengidam' giler2 nk makan N.G Paprik dia. Naseb bek lar ada 1 lg meja kosong (mmg dah rezeki aku.. hehe).. apa lg tanpa terus bersusah payah pk menu pa nk mkn terus ja order pa yg aku nak (asanya makcik tukang order tu pn dh tau menu aku.. hahaha)..



Oleh sebab aku terlalu keliru utk memilih ayaq samada Teh O Ais Limau @ Ayaq Hijau (Teh o ais limau feberet aku ookk) so, dengan mengikut kata hati aku pun dengan lancarnya meng'order' "TEH O AIS LIMAU 1, AYAQ HIJAU 1".. haha selamat (bantai 22 sekali)


Alhamdulillah, kenyang sudah :)


** Utk pengetahuan korang setiap kali ke kedai nie aku yang belanja ook.. (ayat xleh blah,, poyo).. ye lar bukan apa, nk jugak bg mak bapak merasa duit anak dia nie walaupun tak seberapa.. wat pa keja siang malam tp xleh nk bg apa2 kat mak bapak dia kan..?