~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Ahad, 26 Jun 2011

AkU BenCiiii KAu..... S



Bila dah bagi muka, dia buat talam dua muka siap letak kuih seri muka lagii..
Bila dah bagi peluang, dia buang macam tu saja pastu kutip balik dengan muka slumber jaa..
Bila hati jadi dua, dia jadi tak tentu hala hidup mak bapak pulak yang dok bela...
Bila diri asyik bermegah, suatu hari kau pulang jua..
Bila hati ku sudah tawar, tiada lagi peluang ke 2,3,4,5... buat dia

AKU BENCI KAU, MR. S





Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa :D

Selamat menyambut hari bapa kepada bapak aku, Yahaya Napiah.. adik sentiasa doakan bapak sihat2 selalu dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.. sayang bapak sangat


Terima kasih kerana membesarkan kami adik-beradik. Pengorbanan bapak terlalu besar buat kami. Walau pun anak-anak bapak tidak berpelajaran tinggi, tapi kami tidak pernah melakukan perkara yang dilarang atau tidak elok.. anak2 bapak bukan pencuri.. anak2 bapak bukan penagih. anak2 bapak bukan pengemis.. atau apa saja yang tidak elok..

Anak2 bapak sudah besar dan tahu membawa haluan hidup. Dua orang anak bapak dah pun berkahwin. dan mak dan bapak bakal menimang cucu sulung pada bulan 10/2011 nanti.. kami tahu mak dan bapak teruja sangat. mak pun dah mula buat sarung bantal dan barut untuk baby.. dan aku pulak tak sabar nak memegang gelaran "Mak Su".. hehehe….. Mak dan Bapak adalah segalanya buat kami. tanpa kalian siapalah kami.

LOVE YOU ALL SO MUCH.. mmmmmuuuaahhhh!!!

Selasa, 7 Jun 2011

Aku Tak Ingin Lagi.....

Tak perlu risau kawan-kawan, aku tidak akan pernah menyusahkan kamu lagi. Semua yang aku inginkan akan ku usahakan sendiri. Jatuh bangun ku adalah atas usaha ku sendiri. Tawa tangis ku adalah atas kejayaan mahupun kegagalan dari diriku sendiri. Dugaan ujian itu adalah pengalaman untuk aku tempuhi sendiri. Cukuplah apa yang aku lalui hari ini, semoga aku dapat menerima semua ini sebagai pengalaman hidup. Aku tak ingin menyusahkan orang lain lagi. Biar diri ku yang susah untuk orang lain.

Jika terdapat permintaan / pertolongan dari ku, maaf kan diri ini kerana sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya seorang diri. Jika kamu tidak mampu atau tidak ikhlas, berterus teranglah dengan aku, aku pasti mengerti.

Aku juga tidak akan bergantung harap lagi pada orang lain. Aku tidak akan sesekali merasa kecewa jika apa yang aku harapkan tidak tercapai. Semua ini kerana diri aku sendiri.

........MUNGKIN AKU SUDAH SERIK......