~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Jumaat, 29 Jun 2012

Rindu kamu @@

Saya
Sayang
&
Rindu
EMAK
sangat-sangat...
Ya, tersangat rindukan 
Kehadirannya ~ ~

Khamis, 17 Mei 2012

Jika INGIN lepaskan, 
lepaskanlah SEPENUH HATI..
jangan dilepaskan separuh hati, dipegang separuh hati lagi..
kelak nanti menghambat hati, menjerat diri, MENYEKSA SANUBARI..
lepaskan dia, lepaskan sepenuh hati..biarlah dia pergi..
semoga dirimu menemui DAMAI HAKIKI, walau bersendiri…


"Kerana itu Allah menimpakan kepadamu KESEDIHAN demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang LUPUT dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
(Surah Ali Imran : 153)


Menunggu PELANGI YANG INDAH, selepas hujan ribut petir yang dialami..
terasa amat indah walaupun lebat air yang menitis membasahi bumi..

studentfy | ~~

Khamis, 3 Mei 2012

HTF lagi, lagi dan lagi ;(

2 Mac 2012 - Pertama kali mak dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tak stabil.....


|
|

v




3 Mei 2012 -  My mom sekali lagi di masukkan ke wad. Ini kali kedua mak ditahan untuk rawatan lanjut. Kemarin abang bawak mak ke KMC untuk pengesahan masalah kesihatan mak dan doktor kat KMC sarankan mak dirujuk ke hospital kerajaan sebab jenis rawatannya sama cuma kos nya lebih tinggi jika buat di KMC... Sabaq ye mak ;(

 Sejak bapak gtau mak di masukkan ke wad, rasa nak nages ja kat opis tadi tapi tahan ja lah hati oii  <--- cuba untuk tersenyum dan sibukkan diri dengan keja, padahal 1 apa pon xtau lah yg aku buat.. Susah hati sebab tak dapat tengok sendiri keadaan mak masa tu ;(

Abis keja terus p kat mak, maaf bos tak sempat nak maklum  <-- otak pikir nak tengok mak dulu

Alhamdulillah mak duduk di wad yang agak selesa, bilik ada air cond kottt  <-- kesian mak sejuk malam2

Dan yang paling aku tak suka bila tengok AIR MATA mak <--- sakit ye mak depa cucuk, nak kena depa nie, haishhh


Aku : mak ok dok sini?
Mak : ok, selesa
Aku : mak nak adik teman malam nie?
Mak : tak yah, balik tidok di rumah, sok buleh mai lagi
Aku : esok adik ambik cuti
Mak : simpan la cuti tuu. mak tak dak apa pun. bukan dok sorang2
Aku : ok, (dalam hati, lambatnya nak ahad.. boleh teman mak)

~~ Sayang Mak...... Berjanji akan cuba terus kuatkan hati ini.. biarlah hati ini EGO sekali-sekala ork, kerana aku tahu aku tak punya siapa2 untuk terus berada disisi aku melainkan mak dan bapak... 

~~ Thanks to both my sist coz memahami n memberi semangat, buat aku tersenyum pon dah memadai. TQ 

studentfy  |  sunyi  |  rindu

Rabu, 2 Mei 2012

~~TerUsik HaTi

RINDU KAMOO, SAYANG KAMOO <3

Malam nie tak tau lah mood pa yang melanda hati aku.. Sayu n rindu sangat kat dia,
Sejujurnya aku sangat rindu n sayang padanya sekarang dan mungkin perasaan ini kekal untuk selamanya. 2 malam sudah tak dapat tidur nyenyak <--- merasakan dia ada dibelakang ku... Terok kan aku nie,,

Sebenarnya aku masih tidak percaya dia sekarang ada di depan aku, ada di sisi aku, yang selama ini hanya berangan untuk bertemu dengan dia. 3 tahun memendam rindu akhirnya berbalas dan hampir 3 bulan dia ada untuk aku. Senang bersama kamoo, SAYANG.. Aku tak tahu sampai bila dia akan terus berada disamping aku, yang pasti aku tahu masa itu akan tiba ;(  <--- perit, tolong jangan manjakan saya lagi nanti saya akan rindu kamoo terok2, tapi saya senang dengan perhatian dan kasih sayang yang kamoo bagi, saya sangat menghargainya. Jujur, saya sangat gembira/bahagia sejak bertemu kamoo, kekosongan tu makin terisi ;)

Awak, terima kasih atas apa yang kamoo dah bagi, perhatian, kasih sayang, marah saya sebab degil, dan apa sajalah yang kamoo cuba buat untuk saya, saya sangat MENGHARGAINYA...... 
Sayang Kamoo Setulus Hatiku, kakak <3

Awak, MAAFkan saya jika saya tak dapat beri yang terbaik untuk kamoo, yang pasti kasih sayang saya untuk kamoo SENTIASA ada cuma kadang-kadang saya tak tahu bagaimana nak tunjukkan ;D  <--- mcm kes dlm keta hari tu, 'hujan' turun sebab sygkan kamoo, takot kamoo bila marah, xsuka kamoo terus diam ;|

PeaCe .v,.

"Kawan sejati ambil berat macam seorang ibu,
marah macam seorang ayah,
bergurau macam adik beradik,
dan menyayangi lebih daripada seorang kekasih"

studentfy  |  2:02 am  

Selasa, 1 Mei 2012

Eskrem Tropica

Masih mencari Post title yang sesuai, no idea, no komen.... tak perlu nak ambik kisah dengan tajuk di atas, harap maklum....

Pengalaman 3 hari menjelajah perlis, merantau segenap kedai makan yang terpilih dan best.. Syarikat kami dilatik oleh Tourism Negeri Perlis untuk ambik gambaq disetiap kedai2 makan yang terpilih untuk di muatkan dalam Brochure Tourism. Kiranya mcm nak promosi tempat-tempat makan yang best kat Perlis nie. Lagi best dapat rasa menu yang kadang2 aku pon tak penah makan mcm Kapau Daging, mcm pelik ja kan tapi sangat sedap, menu nie aku makan kat Padang Besaq (Tak ingat nama kedai).. Memang best n terbaik la layanan yang kami dapat, siap boleh tapau bawak balik lagi makanan tu, thanks. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki...

~~ Thanks sebab sudi bawak saya jalan-jalan cari makan  ;)

Hah! Nie satu lagi 'pengalaman' yang tak dapat aku lupakan selama 3 hari menjelajah dengan dia, semalam trip last ke Pdg Besar dari Kola, bayangkan bila hampir satu jam tak bercakap dengan dia. Diam sepanjang perjalanan, cuba berbaik tapi tak dilayan, sapa tak sedey.. Rasa kecikkkk ja ati nie n 'kembang' bila kena ayaq.. Serius cakap, aku memang dah nanges dalam hati sepanjang perjalanan, cuma tak melimpah keluar ja <--- tapi akhirnya tumpah la jugak, mana tahannn... Salah paham ja, hati ppuan mmg sensitif, kan kan kan...
Maafkan saye ;(  

Jangan salahkan eskrem Tropica tu ek, dia tak bersalah =P

p/s Rasa bersalah dengan dikmie sebab berdiam diri bila dia tanya smthing. Sian dia tak bersalah n tak adil kalau aku terus dengan EGO yg ntah apa2 n tak perlu nak campur rasa peribadi nie n org lain jadi mngsa, so jawab gak lah sikit2, huhuhu maap dik mie.. ppuan mmg complicated, kan kan kan .v,.

................................. Miss You ...............................

Dua hari berlalu dengan pantas kan... Saye rindu kamo semalam terjaga 2,3 kali gak la, mencari kamo di belakang saye <--- merasakan kamo disini ;(

studentfy  |  masih belom ngantok  |  rindu dia

Khamis, 26 April 2012

~~ HatE ThaT FeeL :(

Mata dah ngantok tapi still tak reti-reti nak tidok,
Masih terasa penat kat opis tadi tapi tersangat la enjoy wat keja sebab budak2 kat opis aku tu tersangat la "Hemoih", so segala ketensenan hilang mcm tu saja....
Sejak dua menjak ni terasa ringan sket pala sebab bebanan kerja dah sedikit berkurang <-- sblom nie tak penah terasa terbeban ponnn...
Kalau dulu semua keja aku nak buat (pulunn terlebih), now dalam job sheet bahagian design2 dah tak letak nama aku dah, <--- sengaja letak mau kena hingaq dgn bos 4 hari 4 malam... arghhh!! rindu nak berdesign

Mood : Kadang-kadang TERASA DIPINGGIRKAN..!! <-- senoi la pulak :p

Akaun pulak masih banyak yang tertunggak, sibuk apa tak tau, tapi yang pasti setiap hari pasti ada saja kerja yang nak disetel... Kira ok la jugak banyak benda yang aku buat, bertambah pengalaman ork :)

Jam dah terjerit-jerit, Jom TIDOK..

p/s Bos, sok saya masok lewat sket, 15 menet kott... 


Selasa, 24 April 2012

~~HaRi yanG seBok

Sebok sangat ka atau buat2 sebok..?? argh! kau apa tau, macam nak pecah pala otak, nak tercabut kaki tangan, ase mcm nk jerit kat depan opis tu "AKU BANYAK KEJA LAAAAA...", Dan terasa amat tensen bila aku dh abaikan waktu aku dengan Dia.. Ya Allah ampunilah aku ;(

Boleh dikatakan setiap hari adalah hari-hariku yang sebok tapi kemarin lain macam ja seboknya.. masing2 ada customer, telefon pulak tak reti2 nk diam, masalah komputer mesin yang tergendala 2,3 hari dah, terlupa janji dengan customer, akaun, pengurusan fail, kutip hutang, invoice ter'miss', dokumen daftar lesen kewangan tak setel lagi, dokumen utk caruman staff tak buat lagi, job sheet masih berterabur, N macam2 lagi lah.. Tapi satu perkara yang aku tak pernah menyesal dengan aku buat sekarang, aku ENJOY, puas BEKERJA dalam suasana ceria dan penuh 'hemoih', kadang2 SERONOK melayan kerenah customer, MELUAT pon ada.. biasa la kan orang nie macam perangai... dalam masa yang sama boleh berkongsi idea, belajar perbaiki kelemahan.. peaCe !!

Jumaat, 13 April 2012

~~Selamat Hari Lahir, Mom

Selamat Hari Lahir, MAk
semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dibawah perlindunganNya.. cepat2 semboh ye mak

Agak sedih sebab :-
tak sempat beli something untuk mak tadi, <--- beli roti yg mak suka ja
pulang keja lewat, <--- keja banyak ;(
buat mak risau, <--- terlupa nak call
tak dapat bawak mak kuar makan malam nie <--- abg keja, xcukup korum
tak sempat wish sekali lagi tadi <--- mak tidok awai

Apa pon adik dah pelok cium mak pagi tadi kan kan kan...

mmmmmmuuuuuuuuaaaaahhhh <3 sayang mak saye ;)

......................................... s t u d e n t f y ...........................................

Isnin, 2 April 2012

~~MaSih TerKenanG

Malam nie terasa kosong ja, blurr...
happy pon ada... sedey pon ada... Rindu pon ada... Tensen pon ada...
Tahan jeeerr..!!! nak nangeessss ;o

Apa yang happy..??
Hari nie dapat gaji lalalala... ---> poyo, mcm sblom nie wat keja tak dapat gaji...
wekkk :P

Berita sedeynyaa..??
Masih teringat dan terkejut menerima berita pemergian pak cik Halin (bos tempat praktikal dulu).. Menyesalnya tak p melawat dia kemarin. Ingat nak p hari nie, tetiba mcm tak sedap hati, dalam masa yang sama eisya call aku cakap tok wan dah takdak semalam.. ase mcm nak nanges ja time tu ;( .. mintak maaf pak cik.... Takziah buat kak ely dan keluarga.. sehingga malam ini aku masih terbawa kisah dan kenangan aku masa praktikal dengan dia dulu. Pakcik seorang yang baik.. huhu tak mau citer panjang2 lah ;( sedey laaa

Rindu pada siapa..??
Malam nie pulak terasa sayu N sunyi pulak bila budak QaQa tu dah balik umah dia.. Sunyi giler maksu adik oiiii.. cian tokwan n maktok takdak kawan.. 2 minggu QaQa kat kampung, pasti teringatkan lesung pipit kamu, teriakkan kamu yang bising2, berleter sambil gigit jari, ndoi tu kosong jaa tgk --> tokwan dah simpan oook

Rindu jugak kat my sist, ---> busynya kamu seminggu dua nie.. tapi saya paham kamu bz nak exam tambahan pulak ayah kamu sakit.. sabo ye sayang.. sedey coz dapat cakap kejap jer tadi sebab saya paham kamu letih seharian di hospital jaga ayah kamu.. Hope dapat jumpa kamu sebelom kamu balik sana hujung minggu nie ;( ---> tetiba terasa sangat perlukan kamu malam ini, dengar suara kamu dah melegakan hati saya. So, jangan tanya kenapa saya call kamu tanpa tujuan ;)

Saya nak mintak maaf jugak kat cik wan sebab macam emo ja malam nie. Perasaan bercampur-baur.. macam2 pikir, life + opis + letih ...... jujurnya saya tak berniat nak timbulkan apa2 perasaan terhadap kamu tadi, maaf kalau dah buat kamu risau ---> cuba menjadi pendengar N penasihat yang baik tapi saya tak mampu ;(

...........................................

Bos pulak tepon tadi, macam biasa, motivasi untuk esok. Maaf bos kalau keja tak tersetal2 lagi.. Bos dah buat yang terbaik untuk selesaikan masalah. Bos adalah yang terbaik, walau macam2 dugaan menimpa, bos tetap berSABAR, saya respect giler dengan boss.. Bos selalu pesan dalam apa jua kerja yang kita buat "Bersabar, Ikhlas, Tawakal & Redha" .. Bos dah banyak lepaskan tanggungjawab dan amanah pada saya.. saya sangat menghargainya tapi saya tak tau samada mampu atau tak nak galas semua tuu. Sampai macam tu sekali bos bagi harapan dan kepercayaan pada saya.. Bos tengok saya mampu ka buat semua niee..?? ---> I can do it, pray for me, boss

studentfy | 01.10am | sudah boleh tidur | nitez

Ahad, 1 April 2012

~~Suatu PeTanG

Simple thing aku nk share kat sini.....

Thanks sebab sudi bawak saya jalan-jalan ---> Penang koott
Thanks sebab belanja saya Oreo Mcflurry ---> sgt suka makan
Thanks sebab belanja saya Nasi Kandar (tak ingat nama menu tu) ---> sedap walaupun pedas
Thanks sebab tumpangkan bilik awak ---> suboh 7.30am
Thanks buatkan saya Milo ---> ook la, sedap walau awak tak minum milo ;)
Thanks hantar saya balik ---> sorry sebab saya awak lewat masok keja ;(

Seronok dapat luangkan masa dengan awak ---> saya hargai sgt
Seronok dapat merapu dengan awak ---> rindu sgt
Seronok dapat kawan dengan awak ---> walau pelik tapi sayang masih ada
Seronok dapat tumbuk2 tangan awak ---> nakal sgt, sorry

TERIMA KASIH, AWAK :D

Ikhlas dari : studentfy | 30 mac 2012

Khamis, 29 Mac 2012

~~Oh SayOr

Perspektif antara orang yang SUKA SAYOR dan yang TAK SUKA SAYOR.... hurmmm

Orang yang Suka sayor mesti la dia akan makan sayor,
Berbeza dengan orang yang Tak Suka sayor sebab dia memang tak makan sayor,
Dan ada orang yang makan sayor tapi bukan semua dia makan,
Kadang-kadang ada orang tak makan sayor dan bukan bermakna dia tak suka sayor,
Boleh jadi orang yang suka sayor dia pun tak makan sayor,
Atau orang yang tak makan sayor tapi sangat suka sayor,
Ada orang suka sayor tapi memilih,
Lebih baik orang yang tak makan sayor dan bagi pada orang yang makan sayor, <--- mengurangkan pembaziran sebenarnya nie.. hehe

So, anda bagaimana..??


** jgn marah yee cik wan.. PeaCe ;p

.................................................... s t u d e n t f y ....................................................

Rabu, 28 Mac 2012

~~SeRius La SaNgat


Aku seorang yang serius dalam bekerja....


BukTinya ;)
|
|
|
|
v


Dan aku jugak seorang yang seRius bermain GamE ;P

PeaCe .v.,

Walau siapa pun kita, walau besar mana pun tanggungjawab kita, walau dimana pun kita,,
BEKERJA dan BERMAIN adalah perkara berbeza. Bekerja untuk bermain dan Bermain selepas penat bekerja, dat mean enjoy selepas bekerja itu perlu untuk OtaK. Percaya atau tidak walau seletih mana kita bekerja, walau sebanyak mana tekanan kerja, buatlah satu perkara yang menyenangkan anda. Salah satu benda yang aku suka buat --> main game sampai tak ingat nak makan, nak tidok, nak mandi.. tapi aku kurang berminat membeli gajet game mcm PS3 or PSP (dalam ati terdetik gak nk beli, tapi xperlulah. Byk lg benda yang aku pelu pikirkan, wekk :P)

* Pesanan : Bekerja sambil bermain tak lama nak kena buang kerja ;P

.......................................... s t u d e n t f y ....................................

Selasa, 27 Mac 2012

~~KeBenaRan SeBuah KegaGalan

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.
Hampir 3 tahun bersama MERIDA ENT.... Jatuh bangun Merida semua telah ku harungi bersama insan berstatus BOSS... Alhamdulillah, Merida telah banyak berubah..

Kalau dulu hanya ada sebuah komputer
Kini 4 buah komputer (walau sikit tapi sudah memadai)
Kalau dulu hanya menyewa ruang yang agak sempit
Kini pekerja bebas 'berlari'
Kalau dulu hanya 2 orang staff
kini 5 orang staff dan beberapa pekerja sampingan
Kalau dulu pendapatan RM ...
Kini dah mencecah RM ....
Kalau dulu cetak dikedai cina
Kini mampu cetak sendiri / dah ada aset sendiri
Kalau dulu tingkap kereta Manual
Kini dah Auto :D

Kesabaran, Kejujuran, Keikhlasan, Persefahaman, Tolak Ansur, Prihatin, Hormat Menghormati, Disiplin adalah perkara utama dalam pasukan MERIDA dan yang sering dititikberatkan..

(haish, terasa touching la plak.. Mukadimah je tuu... hehehe),,,..... Aku just nak citer lepas maghrib td Boss call sebab tadi kat opis tak sempat nak sembang dengan dia.. Dipendekkan citer lah, bos bagi kata semangat, mcm motivasilah senang citer.. Kata semangat untuk seorang LEADER. Bagaimana dan harus menjadi leader yang baik, yakin diri, bertanggungjawab, bersabar dengan kerenah staff yang lain dan lebih terharu bos beri kepercayaan kat aku untuk galas tanggungjawab tu sepanjang boss takdak kat opis. pastu bla bla bla bla (panjang lebar motivasi dia daaaa...) Adoiii, berat-berat.. boleh percaya ka aku nie?? Ada ka ciri-ciri leader??

Layakkah aku? Aku tidak pernah merasakan aku adalah yang terbaik. Terlalu banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Aku tak pernah mengharap kepercayaan boss sampai macam tu sekali, cukuplah sekadar menghargai staf-staf dia.. Apa pun terima kasih Boss
Terima kasih juga kepada staf sokongan yang lain. Tanpa mereka siapalah aku, walau aku bukan yang terbaik tapi sekurang-kurangnya aku cuba buat yang terbaik. Aku bukanlah seorang yang yakin pada diri sendiri dan aku mengaku kelemahan itu masih belom boleh dibaiki lagi.

NOBODY PERFECT..!!
"Takut akan Kegagalan, tapi tidak mencuba untuk Berjaya...", Profesor Izie


.............................................. s t u d e n t f y .......................................

Jumaat, 23 Mac 2012

~~ Terasa KOSONG

Adussss...,,, Ketat idong + BatOk = Mata ngantOK vs TakLeh TidOk.........

Tersangatlah penat, letih, tekanan, gembira semuanya ada hari nie. Melayan setiap petah pelanggan ada suka, ada duka, ada sporting, ada ramah dan segala macam ada.. MERIDA P&A lah segalanya <3 jatuh bangunmu ku harungi bersama. Terlalu banyak kenangan dan terasa sayang untuk meninggalkanmu ;(

Sunyi, sepi, redup cahaya mentol,.. Terasa kosong ja malam nie.. Fikiran menerawang jauh ntah kemana. Teringat arwah ToK, alangkah indahnya kalau ToK masih ada. Rindu pelukan Tok time2 mcm nie. Tok selalu pelok aku sampai tertidok.
Tersangat-sangat RINDUkan kamu ;(

DaN tetiba teringat sesuatu perkara yang tak mungkin akan tertunai, namum masih berharap akan kesudiannya mengisi kekosongan itu.. Arghhh!! tak pernah mengharap sebenarnya sebab aku tahu ia tak mungkin terjadi....

Apa pOn ThanKs 4 EveryThing..... sayang kamO, rindu kAmo <3



.............................. S T U D E N T F Y ............................

Rabu, 21 Mac 2012

~~ Ya SudahLah

" Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY

yo..Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum berakhir

satukan langkah..langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yg ditunggu
BAHAGIA.. HINGGA UJUNG WAKTU.. "

Selasa, 20 Mac 2012

~~ The LoRaX

Mahu tengok, tengok dan tengok... soooo somel la you, LORAX....

Sapa nak ajak aku tengok katun nieeeee...???






..................................................... s t u d e n t f y .................................................

Isnin, 19 Mac 2012

~~DaTing mayBe

Hari minggu yang bermakna sebab dapat tengok JoHn CarTer. Hahaha mcm poyo ja, Memang teringin nak tengok tapi tidak berkesempatan lagi. Hati lebih nak tengok cartoon SEEFOODStapi apakan daya malas nak suarakan kekerasan hati nie lagipun time tayangan katun tu lambat lagi laaaa.... Memandangkan kami, (huh! siapa kami...jeng jeng jeng..) pun sampai dah lewat petang, malas nak tunggu lama2 ambik ja mana ada...

30 minit sblom mula citer, aku dan dia/she sempat melilau kat dalam kedai Souvenir.. Dia nk cari something untuk member baek dia, tapi sayangnya susah nk dapat benda yg dia cari tu.. huhu sabo ok... (tapi ok la jugak benda lain yg dicari, benda lain yg dapat.. belasah sampai 2 eko plak tuu)

Aku pulak dah 3,4 kali pusing dalam tu nak cari something gak untuk my sist, tak jumpa yg sesuai la yunk.. huhu lain kali ok, barangkali takdak yg special utk you, tunggu bestday you lah i belikan ok.. hehehe

Lepas habis layan citer yang memang puas giler laa, apa lagi selain makan, makan dan makan. Takdak rezeki aku nk makan BURGER LEBAI yang dikatakan pemess oleh orang2 kat Jitra, Pak Lebai cuti la pulok, terus p mkn kat apa kenama tah tempat tu. Hampir jam 8 malam baru aku bertolak balik Kangaq.. Thanks MUIN sebab hanto saye balik dengan selamatnya dan thanks juga kat Dia sebab belanja saye makan ;)

Happy, rindu, itu yang aku dapat rasakan, mungkin tidak terlahir dari mulut tapi cukuplah sekadar tulus dari hatiku...... Thanks For Everything :)


......................................... s t u d e n t f y .................................

Isnin, 12 Mac 2012

Dua Belas Hari (12 hari)...

Dua belas hari sudah...
Masih tidak percaya dia didepan ku
Adakah untuk selamanya
Atau mungkin hanya sementara
Namun aku tidak kisah itu semua
Jodoh, Pertemuan di tangan Dia

Dua belas hari yang pasti...
Telah ku lalui tiap waktu bersamanya
Mungkin ingin 'membayar' masa lalu
Atau mungkin sekadar kebetulan
Tapi yang pasti, aku hargai pertemuan ini

Dua belas hari akan berlalu
Ya, ia pasti akan berlalu
Dan yang pasti masih ada rindu
Cuma aku tidak tahu sampai bila
Semoga ikatan ini akan terus kekal
Walau dia tidak lagi disampingku


........................................... s t u d e n t f y ..........................................

Sabtu, 10 Mac 2012

Terlupa sudahhh ;(

Sebenarnya aku terlupa pswd blog.. Dah lama tak update mcm nie lah jadinya, ditambah pulak hampir 2 minggu internet dipotong sebab terlupa bayaq bill.. adoiii laaa hai ;)

Now, atas keperihatinan seorang bergelar sahabat, berjaya jugak melepasi tahap kritikal penat lelah nak aktifkan semula blog aku.. sayang kotttt nak buat semuanya semula... Thanks cik ...

setelah berjaya mendapat pswd baru dan terus mang'update' status beberapa hari yang lepas, dan sebenarnya aku sekali lagi terlupa apa la nk isi kat ruangan password blog aku nie tadi.. ampunnnnnn cik ..., lain kali ambe tulis ok..

Dan setelah berusaha mengingat kembali apa yang di ajar oleh cik ..., akhirnya berjaya jugak mencipta satu lagi pswrd baru.. (tak lupa lagi lah sebab dah tulis kat buku log, buku nota yg sentiasa aku bawak kemana saja, dlm notepad & dlm enfon) Kalau tak ingat jugak tak tau lah apa nak jadi....

* akan kembali merapu seperti biasa cuma masa dan keadaan kadang2 tidak mengizinkan ;)

............................................... s t u d e n t f y ............................................

Isnin, 5 Mac 2012

Yessssss!!!

Thanks.......................................................... dan akhirnyaaa :)