~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Ahad, 28 Ogos 2011

Raya dah Dekat oiii

Raya dah dekat, tinggal 2 hari lagi. Ramadhan pula akan berlalu pergi. Terasa pantas masa berlalu tanpa kita sedar sudah sebulan Ogos bakal melabuhkan tirai dan disambut September. Ntah apa pula perancangan September dalam diari hidup kita nanti. Jadi sama2lah kita mensyukuri nikmat Tuhan selagi hayat dikandung badan.... (Sketmanya ayat.. tapi itulah kenyataannya)

Sempena Syawal yang bakal menjelma, aku sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua kaum keluarga, sanak-saudara & rakan-rakan... (hmmm no idea.. xdak benda nak cakap dah.. ok titik, noktah..)


Jumaat, 26 Ogos 2011

Letih vs Gembira

Assalamualaikum, pembuka bicara
Hari yang penat jadi ceria
Walau berhujan tetap ku redah jua
Kau tersenyum buat ku selesa

Alamak ber'bunga-bunga' pulak.. hahaha.. sebenaqnya tak tau nak mula dari mana..
ok aku nk cerita apa dah jadi hari nie, 26/8/2011...

Seperti biasa, pagi masuk kerja kul 8.00 (padahal kul 8 baru kuar umah.. hampeh)... hari nie terlalu lah sangat sibuknya tapi hari-hariku memang sentiasa sibuk pun.. almaklumlah dekat nak raya pulun lah sikit buat kerja. Kalau tak, tak pasai2 aku kena kerja sampai isnin.. huhu

Hari nie birthday salah seorang KAWAN BAIK aku, kak ana..
SELAMAT HARI TUA KAK ANA,, hehe


Hampir seminggu mengatur strategi.. dari plan A-Z... last2 plan D yang menjadi.. Syukur Alhamdulillah, lepas hajat aku nak bagi kek kat dia.. aku terjah jua.. maaf ye kak ana, p terjah dah lewat, naseb baik sempat berbuka kat rumah..


Rancangan disebalik tabir sebelom terjah rumah mak cik ana.....

PLAN A - Aku dengan sorang lagi kawan aku nie memang dah plan baek giler nak serbu rumah mak cik ana awal sket (25hb..) kami nk serang malam tu jugak, tetiba kawan aku nie ada hal pulak. Dan memandangkan hujan turun sepanjang hari sejak semalam lagi, aku lebih rela balik lepak kat rumah saja..

PLAN B - Bila plan A tak menjadi, plan B di'cadangkan'.. pagi-pagi esok mesti menjadi. memandangkan mak cik ana selalu masuk opis lambat, so kami pun mengatur strategi nak suprise dia pagi tu bila dia masuk opis. Kiranya sempat lar lagi nk beli kek.. Apa lah naseb badan, kul 8.30 mak cik ana msg aku cakap tak larat p opis.. adoiiii... PLAN ANDA GAGAL

PLAN C - Owh! tak mengapa masih ada idea... memandangkan hari jumaat rehat lama, kami nak p rumah dia time tu.. tak ler segan sangat sebab hubby dia p solat jumaat.. hurmmm dipendekkan cerita.. PLAN ANDA GAGAL LAGI.. kawan aku tak boleh p lah pulak sebab opis dia tak berkunci. kena tunggu orang mai ganti.. huhu

PLAN D - Insyaallah jadi. kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan segalanya.. kami plan sehabis mungkin dan aku akan pastikan ia menjadi.. Alhamdulillah, petang tadi dapat jugak kami serbu rumah dia walau pun agak lewat, hujan renyai2, risau sbb batery handfon habis (naseb baik sempat telfon mak cakap nak balik lewat sket), jalan raya dah mula sunyi.. n macam2 dalam kepala otak aku nie. namun ku redah jua.. lepas sudah hajat ku.. Thanks kepada sesiapa yang menjayakannya... MISSION COMPLETE..!!

Selamat... Aku sampai rumah dekat nak berbuka dah. Elok sampai ja rumah baru orang azan.. hehe.. Persoalan pertama mak aku, "Beli kek apa kat kak ana..?".. adoi hampeh betol. Tanya lar aku nie ok ka, basah dak..? hurmmmm, walau apapun aku penat dengan kerja dan dalam masa yang sama hati aku gembira. Ini satu penghargaan buat dia. Thanks sebab jadi kawan saya (akuilah kamu beruntung dapat kawan macam saya... hahahaha)

Ahad, 21 Ogos 2011

Syioookkkk x?

Malam yang agak dingin. Siang tadi hujan. Nyaman ja ase. Aku baru ja balik dari Bazaar Hari Raya di sekitar kangar dan taman sena. Sambutan kurang memberangsangkan, mungkin terlalu awai org ber'shopping'.. 2,3 hari lagi nak raya mesti penuh sesak. Kuih yang 1 balang rm15 pun boleh jadi 3 balang rm10 (jangan tak caye..hehe). maa kat bazaar tadi sempat lagi melantak Spageti meatball. sedapp.. memang dah lama kempunan nak makan pun, cuma belom berkesempatan nak buat lagi. kebetulan ada jual tadi terus beli. Thanks to my abang ipaq coz dah belanja saye makan tadi.. hehe

Sampai ja rumah tadi, terasa lapaq lah pulak. Belasah nasi kandaq dengan abg ipaq (kuat makan btol). Makan pulak dengan udang lipan celup tepung.. fuh! memang sedaplah. udang lipan gak salah satu kegemaran aku & abang ipaq. kalau beli 2 kilo memang tak cukup.. :P

Online pesbook jap, mak ai banyak giler notification. baru ja lepas berbuka tadi aku online. hurmmm belek2 jap.. macam2 celoteh kawan2 aku nie.. tetiba kak aku panggil, "adikkkk, mai tengok cepat. dia tengah gerak2 nie.." aku pun p lah tgk. ceh! ingat apa benda lar tadi. Suruh tengok perut dia yang memboyot tu. baby tengah tendang2.. aku pun teruja lar sikit.. cewah! padahal syiookkk sangat dapat pegang2, usap2. Tengok perut kak aku dah macam ombak. Dia cakap sedikit sakit2 bila baby gerak2 macam tu. Baby terlalu aktif.. Alangkah indahnya ciptaan Allah. Sempena malam Lailatulqadar nie (mungkin lar. aku pun tak pasti, yang pasti malam nie 10 malam terakhir ramadhan), aku doakan kak aku selamatlah melahirkan anak menakan aku. Semoga anak menakan aku menjadi anak yang baik, soleh/solehah, mendengar kata orang tua. Untuk kedua ibu bapaku, semoga kalian sentiasa berada dibawah perlindunganNya. Dan untuk diri aku jugak, semoga Allah ampuni dosa2ku, dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Amin

Dan ini malam jugak aku tidur dengan kak aku,, yeah!! syiokknyaaa...

Khamis, 18 Ogos 2011

Ingin Ku Miliki Mu

ArrrGGhhhh..!! Terlalu ingin memilikinya suatu hari nanti.. Dah lama aku dok usha Nikon D3100 nie.. harga lebih kurang dalam RM2+++.. huhu





INSYAALLAH =D

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadhan DAN aKu

Assalamualaikum..

Ramadhan kali nie tak banyak bezanya dari tahun-tahun lepas... aku tetap begini. Menu berbuka still tak berubah. Murtabak, murtabak, murtabak dan murtabak... aku tak tau lah sejauh mana kesedapan murtabak kat mata ayaq tu telah mempengaruhi selera aku.. Kesimpulannya memang sedaplah. Setiap hari selama sebulan. tapi yang herannya kalau bukan bulan posa, sikit pun tak teringin nak makan murtabak. Kalau kat pasar malam tu berlambak orang jual, tapi aku sikit pun tak berselera nak makan..

Hurmmm ramadhan tahun nie boleh dikatakan membawa seribu kepahitan dan kemanisan bagi aku. Mak aku sejak awal posa dah tak sihat. Doktor pun nasihat jangan posa lagi. so, sekarang dh masuk 2 minggu posa dan keadaan mak aku masih belom pulih sepenuhnya. Dah 3 kali p jumpa klinik. Kesian mak aku. Jenuhlah dia nk mengganti posa nanti.. sabaq ye mak... dugaaaaann

Pada aku pulak, bulan ramadhan terus mencabar kerjaya aku. Makin hari makin berlambak bebanan kerja. Tapi alhamdulillah syukur rezeki syarikat. Bukan untuk orang lain, untuk staff2nya juga, (tahun depan naik gaji yee boss..hehehe).. Aku pulak lepas raya kena cover kerja-kerja kak ana. dia akan mula bercuti selama 2 bulan macam tu lah (rehat puas2 yee.. Semoga kak ana n baby sihat2 selalu...huhu) Syukur jugak syarikat ada ambik sorang pelajar praktikal. so, dapat lah dia bantu2 aku mana yg patut. Dia seorang designer yang bagus. aku pun banyak belajaq dan berkongsi idea dari dia.. almaklumlah fresh student..

(10 borang tender yang perlu disiapkan.. selasa nie nk hantaq dah.. sempat ka? Insyaallah...)

Semoga Allah murahkan rezeki bos aku. kita hanya merancang dan berusaha. Dia yang menentukan segalanya...



Sudah lama jugak aku tak update blog. Kesibukan melanda hari-hariku. Terasa kemalasan yang amat sangat. Balik kerja pukul 7 dah, lepas maghrib kadang-kadang tertidok, letih. bangun plak dah pkul 10, sahur pastu tidok plak esoknya kerja weii. Kalau berkesempatan p terawih... dah tu time mana nak update blog? Malam nie aku berkesempatan meng'update'kan blog nie. naseb bek labah2 tak buat sarang lagi sebab lama tak bukak.. huhuhu

Haaa nampak lar bijik mata ikan sikit. Hujung minggu yang lepas baru berkesempatan nk jenguk kolam ikan aku nie. dah lama tak dicuci, sampai tak nampak ikan dalam tu. kesian ikan-ikan aku. masa cuci tu ada sekoq anak ikan mati. huhu mesti dia lemas ayaq kotoq. sorry ;(
Yang penting aku tak pernah lupa bagi hampa makan kan.. tiap2 pagi aku hantaq sarapan :)


Akhir kata dari AKU, Tiada bulan seindah Ramadhan, jadi hargailah sebelum ia pergi... wassalam :)

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.