~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Khamis, 29 September 2011

Berdebar-debar beb :P

Dan Masanya pun semakin hampir. Tahap debaran aku makin memuncak, menghitung setiap detik dan waktu, persiapan telah dibuat.... (bila la kakak aku nie nak sakit perut hah! hurmm)

Adoi, apasal la aku pulak yang terlebih sudu dari kuah nie. kakak aku releks ja, siap boleh jalan2 p ekspo lagi, aku pulak yang risau. Mak bapak aku pun ceria ja dua, tiga hari nie. Ye la bakal menyambut cucu sulung tak lama lagi. Aku pun apa kurangnya, setiap kali ke the store pasti ada something untuk bakal anak buah ku. Semuanya lebih kepada kelengkapan bayi. Rambang mata bila tengok pakaian bayi, comel2 semuanya..

kakak aku dijangka melahirnya babynya 2hb oktober nie.. Aku harap kakak aku sihat2 selalu dan selamat melahirkan baby nya. Aku tak kisah lah bayi perempuan or lelaki (hope boy.. hehe)

see yaa next month........... :D

Isnin, 19 September 2011

Tahniah Makcik Ana :)

Tersangat HePPy lah hari nie sebab mak cik ana dah selamat melahirkan baby boy..,
so encemm la, bulat debab.. (sedkit teruja.. hehe)


Baby boy yang diberi nama Harith Amjad, lahir pada 15hb September 2011... now, bertambah seri lah dengan kehadiran si kecik nie dalam family kak ana, lelaki pulak tu (aku pun tumpang syok.. hehe).. hampir setiap hari aku akan pergi melawat mak cik ana kat wad bersalin HTFZ sehinggalah dia selamat melahirkan babynya (pembedahan kottt, sakit siot).. Apa2 pun semoga kak ana cepat2 sembuh dan sihat2 selalu..

hurmm, tak sabar nak tunggu kelahiran anak menakan aku pulak.. Oh! Oktober cepatlah muncul

Jumaat, 9 September 2011

Syokkk sungguh Noo depa

Hari ini hari Jumaat... kami satu opis sangat gembira kerana hari ini hari jumaat.. kenapa kami sangat gembira yee..?? sebab bos kami tidak memasuki ruang pejabat yang sungguh indah dengan fail-fail kerja yang tak pernah habis... huhuhu

Kira-kira 4 hari bos kami ke oversea menziarahi sahabatnya yang meninggal.. Bos dijangka terbang pulang pada hari Ahad ini. Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk bersuka-suka. Kalau tidak asyik mengadap kerja, kerja, kerja dan kerja.. bersuka-suka maksud aku bukanlah sampai melalaikan tanggungjawab pada kerja tapi sedikit releks buat kerja. tidak terlalu terdesak sampai naik tensen jadinya.. yang pasti kerja beresss bosss.. hehe

Hari pertama pemergian bos kami dah buat mini 'Jamuan Aidilfitri'.. hehe... dimana aku dan rakan2 sepejabat akan bawak kuih (kuih raya yang tak habis..hehe).. kul 10 tunggu mak cik ana mai dulu.. so, bermulalah acara makan kuih raya.. licin habis. si afif yang kuat makan.. haha bagus2 laku jugak kuih aku... hehe. DAN hari pertama dah kena hentam dengan customer sebab tak berpuas hati dengan iklan syarikat..
AKU KA DIA YANG TAK PAHAM...??? (Jawablah balik nanti boss)

Hari kedua... hmmm tiada acara menarik yang boleh dilakukan. Cuma buat kerja seperti biasa dan banyak merapu. Banyak main dari buat kerja (tapi kerja tetap beress okkk).. tengahari tu aku, fiqah, anis (anak bos) n afif kuar makan kat Anjung Keli. Cayalah anis makan nasik sampai licin.. Sblom nie kalau bab makan nasik memang susah. Jenuh pujuk. Tapi kali nie kiranya pujukkan aku berhasil lah ek.. (kena paksa.. sorry ye boss.. paksa makan nasik jee ponn.. hehe)

Hari ketiga sedikit kalut kat pejabat.. banyak design dan tender yang perlu disiapkan. Haa hari nie baru kenai kerja dan seronok bekerja. haha... tengahari tadi aku, fiqah, dikmie n afif kuar makan kat Kedai Kak Shun. Memang the best la kedai tu.. aku puas minum Teh O Ais Limau kat kedai tu.. fuh! memang 'kaw' lah teh dia.. hehe... lepas makan kami melilau kat kangaq plak.. Usha jam tangan.. tepat 2.30 ptg kami pun tiba di pejabat.. dan buat kerja seperti biasa (yang luar biasanya, aku terkejut jumpa Salman. dia mai mintak tlg aku isi tender)
Siapa Salman? Biarlah rahsia dulu..............................

Hari keempat... esok.. hmmm tak tau apa akan berlaku. yang pasti aku akan ke Pasar Tani (area pejabat aku ja ponn. merangkak pun sampai)... Pekena pulut ayam special dengan ayaq cendol Pakcik Tan.. sodappp... hehe

Ok... sampai sini dulu.. esok cerita lagi.. dah ngantokkkk.. letih maaa :P

Selasa, 6 September 2011

Sunyinyaaa ;[

Hari nie dah 8 syawal, begitu pantas masa berlalu, rasanya seperti baru semalam kita menyambut hari raya.. Tapi suasana raya masih terasa dengan jemputan rumah terbuka, kenduri dan ziarah menziarahi rakan taulan yang belom sempat pergi pada raya lepas.

Aku dah start masuk kerja 2hb lepas. Malas nak ambik cuti memandangkan semua sanak saudara dah balik ke rumah masing2.. huhu sunyi pulak rumah aku.. Masuk keja pun macam malas ja, ye la semua orang belom start lagi. Company kami saja yang 'semangat' beroperasi awai (padahal bos tak masuk pun. huhu)

Ari nie aku mula terasa sunyi... Sunyi bila kak ana tak dak. Dia da start bercuti memandangkan keadaannya yang dah sarat dan bakal melahirkan baby nya tengah bulan nie (yeye nak dapat adik baru.. hehe)... kat opis tu memang ada staf baru (ganti kak ana) tapi keadaannya tidak seperti dulu. argh! betapa aku rindukan dia. huhu dengan sapa la aku nak merapu, dikmie pun jarang ada di pejabat.. apa jua yang berlaku pun ku harus terima hakikat yang kak ana bercuti hampir tiga bulan.. hua waaaaa ;(

Now, aku harus memikirkan bebanan kerja yang bakal aku pikul kelak. Aku harus bijak bahagi masa antara kerja di tingkat atas dan tingkat bawah. Nasiblah ada si fiqah tu dapat jugak tolong2 aku.. tapi kalau nak diikutkan kerja tak lah banyak sangat, cuma time ada tender tu lah yang bakal memen

ingkan kepala otak.. Takat la nie, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...
Serabut opis, serabut lagi pala aku. Tekanan kerja, hanya Tuhan yang tahu. Segala masalah ada penyelesaiannya. Kita sebagai hambaNya harus bersyukur atas nikmat rezeki dariNya dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup..






<---- Nie kira ok berkemas la sikit.. ada lagi serabut dari nie. huhu

Jumaat, 2 September 2011

LoVe YoU All...mmmuah!!

Assalamualaikum....

1 Syawal tahun nie lebih bermakna bagi aku. walaupun tak semewah orang lain yang sedia mewah tapi bagi aku kemeriahan tu penting. Sambutan raya seperti tahun-tahun lepas, bersederhana sahaja.. Tapi kali nie berbeza dengan tahun-tahun lepas.. syiokkk sangat.. sebabnyaaaa semua family aku ada disini. Abang dan kakak beraya kat sini.. yeye!! so, lengkaplah 1 family (bukan apa, syok nak bergambaq saja.. haha)


Tahun nie tak dak kaler tema... mak n bapak saja warna hampir sama.. ingat nk pakai warna coklat/oren, last2 baju aku yang tak siap.. naseb baek hantaq jahit 2 pasang. siap sepasang ja.
tu pun yang kaler merah.. huhu aku ja lari tema sket.. takpa2 tahun depan masih ada (Insyaallah).. Kebetulan pulak family maklang, kakak dan abang sama tema.. biru.. sedondon gituu.. jeles saye.. huhu


Raya kali nie macam-macam juadah ada... seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai memasak juadah masing-masing... mak aku buat ketupat dan serunding, mak lang aku lemang, rendang ayam dan daging masak hitam (menu Perak), mak cik aku pulak buat ketupat nasik (menu pahang). Pagi-pagi buta lagi pakcik aku dah panjat pokok kelapa ambik daun kelapa untuk dianyam.. budak-budak pulak masukkan beras dalam anyaman daun kelapa td tu.. kiranya semua menu dapat rasa tahun nie..
Susah ooo nak dapat perkara yang kita impikan. So, hargailah detik-detik terindah yang berlaku dalam hidop korang walau kemanisan itu tak seberapa yang pasti pengalaman itu amat berharga dan tidak akan berulang kembali.

Game malam ini: Time yang paling ditunggu-tunggu bagi budak-budak termasuk aku tak pernah ter'miss' la main benda nie setiap kali raya.. Apa lagi main MERCUN dan bunga api la.. hehe... hey! jangan ingat budak2 je boleh main bunga api. Tanpa orang dewasa siapa la budak2 nie. Mak bapak sibuk menyembang kat dalam. So, si kakak2 nie lah yang tolong tengok2 kan adik2 nie (alasan nak main mercun je pun) hehe..
apa2 pun enjoyyyy lah
(thanks to pak lang coz membekalkan bahan2 tersebut setiap tahun)








Salam Aidilfitri Dari kami sekeluarga..
**Ini baru sebahagian, keluarga paktam, paksu dan wa nah belom join lagi.. huhu