~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Isnin, 2 April 2012

~~MaSih TerKenanG

Malam nie terasa kosong ja, blurr...
happy pon ada... sedey pon ada... Rindu pon ada... Tensen pon ada...
Tahan jeeerr..!!! nak nangeessss ;o

Apa yang happy..??
Hari nie dapat gaji lalalala... ---> poyo, mcm sblom nie wat keja tak dapat gaji...
wekkk :P

Berita sedeynyaa..??
Masih teringat dan terkejut menerima berita pemergian pak cik Halin (bos tempat praktikal dulu).. Menyesalnya tak p melawat dia kemarin. Ingat nak p hari nie, tetiba mcm tak sedap hati, dalam masa yang sama eisya call aku cakap tok wan dah takdak semalam.. ase mcm nak nanges ja time tu ;( .. mintak maaf pak cik.... Takziah buat kak ely dan keluarga.. sehingga malam ini aku masih terbawa kisah dan kenangan aku masa praktikal dengan dia dulu. Pakcik seorang yang baik.. huhu tak mau citer panjang2 lah ;( sedey laaa

Rindu pada siapa..??
Malam nie pulak terasa sayu N sunyi pulak bila budak QaQa tu dah balik umah dia.. Sunyi giler maksu adik oiiii.. cian tokwan n maktok takdak kawan.. 2 minggu QaQa kat kampung, pasti teringatkan lesung pipit kamu, teriakkan kamu yang bising2, berleter sambil gigit jari, ndoi tu kosong jaa tgk --> tokwan dah simpan oook

Rindu jugak kat my sist, ---> busynya kamu seminggu dua nie.. tapi saya paham kamu bz nak exam tambahan pulak ayah kamu sakit.. sabo ye sayang.. sedey coz dapat cakap kejap jer tadi sebab saya paham kamu letih seharian di hospital jaga ayah kamu.. Hope dapat jumpa kamu sebelom kamu balik sana hujung minggu nie ;( ---> tetiba terasa sangat perlukan kamu malam ini, dengar suara kamu dah melegakan hati saya. So, jangan tanya kenapa saya call kamu tanpa tujuan ;)

Saya nak mintak maaf jugak kat cik wan sebab macam emo ja malam nie. Perasaan bercampur-baur.. macam2 pikir, life + opis + letih ...... jujurnya saya tak berniat nak timbulkan apa2 perasaan terhadap kamu tadi, maaf kalau dah buat kamu risau ---> cuba menjadi pendengar N penasihat yang baik tapi saya tak mampu ;(

...........................................

Bos pulak tepon tadi, macam biasa, motivasi untuk esok. Maaf bos kalau keja tak tersetal2 lagi.. Bos dah buat yang terbaik untuk selesaikan masalah. Bos adalah yang terbaik, walau macam2 dugaan menimpa, bos tetap berSABAR, saya respect giler dengan boss.. Bos selalu pesan dalam apa jua kerja yang kita buat "Bersabar, Ikhlas, Tawakal & Redha" .. Bos dah banyak lepaskan tanggungjawab dan amanah pada saya.. saya sangat menghargainya tapi saya tak tau samada mampu atau tak nak galas semua tuu. Sampai macam tu sekali bos bagi harapan dan kepercayaan pada saya.. Bos tengok saya mampu ka buat semua niee..?? ---> I can do it, pray for me, boss

studentfy | 01.10am | sudah boleh tidur | nitez

Ahad, 1 April 2012

~~Suatu PeTanG

Simple thing aku nk share kat sini.....

Thanks sebab sudi bawak saya jalan-jalan ---> Penang koott
Thanks sebab belanja saya Oreo Mcflurry ---> sgt suka makan
Thanks sebab belanja saya Nasi Kandar (tak ingat nama menu tu) ---> sedap walaupun pedas
Thanks sebab tumpangkan bilik awak ---> suboh 7.30am
Thanks buatkan saya Milo ---> ook la, sedap walau awak tak minum milo ;)
Thanks hantar saya balik ---> sorry sebab saya awak lewat masok keja ;(

Seronok dapat luangkan masa dengan awak ---> saya hargai sgt
Seronok dapat merapu dengan awak ---> rindu sgt
Seronok dapat kawan dengan awak ---> walau pelik tapi sayang masih ada
Seronok dapat tumbuk2 tangan awak ---> nakal sgt, sorry

TERIMA KASIH, AWAK :D

Ikhlas dari : studentfy | 30 mac 2012

Khamis, 29 Mac 2012

~~Oh SayOr

Perspektif antara orang yang SUKA SAYOR dan yang TAK SUKA SAYOR.... hurmmm

Orang yang Suka sayor mesti la dia akan makan sayor,
Berbeza dengan orang yang Tak Suka sayor sebab dia memang tak makan sayor,
Dan ada orang yang makan sayor tapi bukan semua dia makan,
Kadang-kadang ada orang tak makan sayor dan bukan bermakna dia tak suka sayor,
Boleh jadi orang yang suka sayor dia pun tak makan sayor,
Atau orang yang tak makan sayor tapi sangat suka sayor,
Ada orang suka sayor tapi memilih,
Lebih baik orang yang tak makan sayor dan bagi pada orang yang makan sayor, <--- mengurangkan pembaziran sebenarnya nie.. hehe

So, anda bagaimana..??


** jgn marah yee cik wan.. PeaCe ;p

.................................................... s t u d e n t f y ....................................................

Rabu, 28 Mac 2012

~~SeRius La SaNgat


Aku seorang yang serius dalam bekerja....


BukTinya ;)
|
|
|
|
v


Dan aku jugak seorang yang seRius bermain GamE ;P

PeaCe .v.,

Walau siapa pun kita, walau besar mana pun tanggungjawab kita, walau dimana pun kita,,
BEKERJA dan BERMAIN adalah perkara berbeza. Bekerja untuk bermain dan Bermain selepas penat bekerja, dat mean enjoy selepas bekerja itu perlu untuk OtaK. Percaya atau tidak walau seletih mana kita bekerja, walau sebanyak mana tekanan kerja, buatlah satu perkara yang menyenangkan anda. Salah satu benda yang aku suka buat --> main game sampai tak ingat nak makan, nak tidok, nak mandi.. tapi aku kurang berminat membeli gajet game mcm PS3 or PSP (dalam ati terdetik gak nk beli, tapi xperlulah. Byk lg benda yang aku pelu pikirkan, wekk :P)

* Pesanan : Bekerja sambil bermain tak lama nak kena buang kerja ;P

.......................................... s t u d e n t f y ....................................

Selasa, 27 Mac 2012

~~KeBenaRan SeBuah KegaGalan

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.
Hampir 3 tahun bersama MERIDA ENT.... Jatuh bangun Merida semua telah ku harungi bersama insan berstatus BOSS... Alhamdulillah, Merida telah banyak berubah..

Kalau dulu hanya ada sebuah komputer
Kini 4 buah komputer (walau sikit tapi sudah memadai)
Kalau dulu hanya menyewa ruang yang agak sempit
Kini pekerja bebas 'berlari'
Kalau dulu hanya 2 orang staff
kini 5 orang staff dan beberapa pekerja sampingan
Kalau dulu pendapatan RM ...
Kini dah mencecah RM ....
Kalau dulu cetak dikedai cina
Kini mampu cetak sendiri / dah ada aset sendiri
Kalau dulu tingkap kereta Manual
Kini dah Auto :D

Kesabaran, Kejujuran, Keikhlasan, Persefahaman, Tolak Ansur, Prihatin, Hormat Menghormati, Disiplin adalah perkara utama dalam pasukan MERIDA dan yang sering dititikberatkan..

(haish, terasa touching la plak.. Mukadimah je tuu... hehehe),,,..... Aku just nak citer lepas maghrib td Boss call sebab tadi kat opis tak sempat nak sembang dengan dia.. Dipendekkan citer lah, bos bagi kata semangat, mcm motivasilah senang citer.. Kata semangat untuk seorang LEADER. Bagaimana dan harus menjadi leader yang baik, yakin diri, bertanggungjawab, bersabar dengan kerenah staff yang lain dan lebih terharu bos beri kepercayaan kat aku untuk galas tanggungjawab tu sepanjang boss takdak kat opis. pastu bla bla bla bla (panjang lebar motivasi dia daaaa...) Adoiii, berat-berat.. boleh percaya ka aku nie?? Ada ka ciri-ciri leader??

Layakkah aku? Aku tidak pernah merasakan aku adalah yang terbaik. Terlalu banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Aku tak pernah mengharap kepercayaan boss sampai macam tu sekali, cukuplah sekadar menghargai staf-staf dia.. Apa pun terima kasih Boss
Terima kasih juga kepada staf sokongan yang lain. Tanpa mereka siapalah aku, walau aku bukan yang terbaik tapi sekurang-kurangnya aku cuba buat yang terbaik. Aku bukanlah seorang yang yakin pada diri sendiri dan aku mengaku kelemahan itu masih belom boleh dibaiki lagi.

NOBODY PERFECT..!!
"Takut akan Kegagalan, tapi tidak mencuba untuk Berjaya...", Profesor Izie


.............................................. s t u d e n t f y .......................................