~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Sabtu, 10 Mac 2012

Terlupa sudahhh ;(

Sebenarnya aku terlupa pswd blog.. Dah lama tak update mcm nie lah jadinya, ditambah pulak hampir 2 minggu internet dipotong sebab terlupa bayaq bill.. adoiii laaa hai ;)

Now, atas keperihatinan seorang bergelar sahabat, berjaya jugak melepasi tahap kritikal penat lelah nak aktifkan semula blog aku.. sayang kotttt nak buat semuanya semula... Thanks cik ...

setelah berjaya mendapat pswd baru dan terus mang'update' status beberapa hari yang lepas, dan sebenarnya aku sekali lagi terlupa apa la nk isi kat ruangan password blog aku nie tadi.. ampunnnnnn cik ..., lain kali ambe tulis ok..

Dan setelah berusaha mengingat kembali apa yang di ajar oleh cik ..., akhirnya berjaya jugak mencipta satu lagi pswrd baru.. (tak lupa lagi lah sebab dah tulis kat buku log, buku nota yg sentiasa aku bawak kemana saja, dlm notepad & dlm enfon) Kalau tak ingat jugak tak tau lah apa nak jadi....

* akan kembali merapu seperti biasa cuma masa dan keadaan kadang2 tidak mengizinkan ;)

............................................... s t u d e n t f y ............................................

Isnin, 5 Mac 2012

Yessssss!!!

Thanks.......................................................... dan akhirnyaaa :)

Selasa, 29 November 2011

Semakin Hari Semakin Rindu

Zulaikha oh Zulaikha....

esok genaplah 1 bulan kelahiran Zulaikha.. Permata hati kakakku, cucu kesayangan maktok dan tok bapak, dan sentisa membuatkan makcunya rindu untuk menatapnya setiap detik. Tidak pernah jemu melihatnya walau ketika si kecil itu sedang nyenyak lena.. Terdetik dihatiku betapa indahnya anugerah Allah ini. Suci dan bersih dari dosa..

Minggu depan lepas Hari Raya Aidiladha, kakak aku dah nak balik sg. petani. Almaklumlah sudah sebulan lebih meninggalkan rumah, lagipun tempoh berpantangnya dah nak abis. huhuhu sedey, sedey, sedey.....

lepas nie aku akan mula biasakan diri bila hari-hariku tidak dapat menatap sikecil tu.. Rutin harian aku akan berubah tiada lagi ciuman ketiha aku hendak keluar bekerja, tiada lagi senyuman bila aku pulang dari kerja, tiada lagi teman bicara menemani aku menonton TV, tiada lagi tangisan jam 3 pagi kelaparan susu, dan begitulah seterusnya...

Alahai Zulaikha... semua orang pasti merinduimu. Jagalah dirimu baik2 d janganlah kamu sesekali menyusahkan ibumu

Rabu, 19 Oktober 2011

Terlalu Lama Gamaknya...

Sudah lama tidak mengupdate aku punya BLOG... terlalu banyak yang ingin aku kongsi bersama tapi kemalasan aku sudah agak keterlaluan...
malas malas malas

Tambahan pula sekarang nie sibuk dengan business partime aku yang xseberapa. Nak cari duit poket... Alhamdulillah, rezeki... sekarang company dah beli mesin cetak baner. Perniagaan makin rancak sekarang... hehehe


Dan untuk pengetahuan hampa semua, aku dah naik pangkat..
bukan naik jawatan ok...
nie haa sicomel nie yang menceriakan aku sekeluarga.. anak kakak aku laa...
(tak sabaq nak dengaq dia panggil 'makcu'.. hahaha)


=P

Rabu, 5 Oktober 2011

Tegakah KITA....

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”

Apa makna sebenar cinta, kasih sayang pada ayah & suami sedangkan kita punca mereka terjerumus ke dalam neraka. Sanggupkah kita biarkan ayah yang banyak berkorban membesarkan kita juga suami yg kita kahwini ke NERAKA hanya kerana menanggung dosa kita di dunia ?

Sebagai ibu bapa : Fikirkan tanggungjawab anda...
Sebagai anak : Fikirkan diri dan maruah anda....

Hidup di dunia tidak lama tapi hidup selepas mati kekal selamanya... :)