~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Ahad, 22 Mei 2011

Sekali Lagi..~~




Sudah sekian lama tidak meng'update' blog nie disebabkan masalah teknikal yg bukan berpunca dari aku.. %^$#@*&@!?

Pada 17&18 Mei yg lepas, sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi Langkawi.. Sebuah negeri yang tidak asing lagi bagi aku.. (mcm dh xdak tempat lain aku nk melancong) huhu

Bersebab jugaklah aku kesana.. apa lagi bercuti ler.. hehehe... saja nk kurangkan serabut pala otak nie.. keja sampai bila pn xabis.. akibat tensen yang terlampau, mcm nie lah jadinya.. aku cukup bosan kalau ada cuti lama2 dok umah saja.. jenis xreti nk dok umah. ada saja plan aku.. kalau hari minggu, ptg nanti siap lah. ye la, time cuti lah kita nk bersosial, nk jumpa kawan2, nk jumpa ehem2 ka.. hehehe


Aku kesana bukan keseorangan, tapi bertemankan seorang kawan. Saja bawak dia jalan2 sebab dia pn tak pernah ke sana, so apa salahnya ajak dia sekali. lagi pun jalan sorang2 xbest.. kak lia pulak kerja. cuma 17hb tu ja sempat jalan2 dgn dia. saat yang bermakna bg aku walapun sehari saja aku dapat jumpa dia.. Miss u so much kak....

2 hari yang bermakna dan merungkai segala macam bentuk kerenah, telatah, sikap, bicara, gaya dan bermacam lagi... mungkin aku yang tidak tahu menghargai seseorang, tapi salahkah jika aku inginkan 'irama yang dapat menemani hidup aku selamanya'..??

KENYATAAN MEMANG MENYAKITKAN... Orang hanya mampu bercakap, tapi orang tak tahu apa yang ada di dalam hati kita..

Selasa, 10 Mei 2011

Smiley Sudah Dewasa...!!


TAHUKAH ANDA..
SMILEY SUDAH DEWASA


katakan bahawa individu pertama yang menggunakan emotikon :) dan :( adalah Scott Fahlman, Pensyarah Penyelidik di Carnegie Mellon University.

Beliau mencadangkan :) dan :( digunakan untuk menandakan ekspresi terhadap perbualan atau jenaka yang dikongsikan dikalangan staf, pelajar serta ahli fakulti pada papan utama mereka.

Apa yang diusulkannya pada 19 september 1982 itu tersebar dengan meluas dalam masa beberapa bulan dikalangan pengguna makmal penyelidikan dan universiti, serta selepas itu ke seluruh dunia. Siapa sangka Smiley kini telah berusia 29 tahun!!

Rabu, 4 Mei 2011

Maafkan Ku Sahabat

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Bercuti



SELAMAT HARI PEKERJA...

Hmmm bahagianya dapat cuti mcm nie.. tambah2 dengan keadaan sekarang nie.. tension giler. mcm nk cuti sebulan ja. hmm nk wat mcm mana, aku redha...

Hari nie aku n family nk ke espie. umah kakak.. saja jalan2 sbb xdak p mana. dh ler aku susah nk cuti. so, kena gunakan peluang yg ada nie. hehe

Tak sabaq nk jumpa Azira dan Fyfy kat sana nanti. dh lama xjumpa depa sejak lepas poli lg (tahun 2008).. Hopefully dapatlah jumpa depa. Nasib bek umah kak aku dengan tempat kami nk jumpa tu xjauh sgt..


...............................Selamat Bercuti utk Diri Ku Sendiri...............................

Isnin, 25 April 2011

10 K Dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.

“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”