~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Isnin, 28 Mac 2011

Nak ShoPinG kat MANA nie..~~

Kat mana selalu korang mak@ family shoping barang dapur? tesco, the store, giant, jusco, or apa saja yg ada kat area korang...

family aku selalu shoping kat Pasaraya Utama.. nk tau napa? antaranya :
1) Milik penuh BUMIPUTRA (sokonglah perniagaan orang melayu)
2) Kemudahan parking yg boleh dikatakan tidak mengecewakan
3) Dekat dgn stesen minyak (pas boh minyak trus singgah.. 1 hala ler kiranya)
4) Pemilik kedai sendiri turun padang (kalau tak, sampai bila pun kita tak tau sapa pemiliknya)
5) Harga yang berpatutan.. (org gaji 5 mata pun cari pasaraya nie tauuu..)
6) Ada kad keahlian (itu perkara biasa)
7) Terletak berhampiran bandar Kangar (salah satu kelebihan utk tidak menyesakkan bandar yg sedia sempit)
8) ...hmm pa lg ek!! haa aku suka beli Yakult kat sini....

*So, sokonglah usahawan BUMIPUTRA... sapa lagi nk tolong melayu kalau bukan orang melayu sendiri...

(maaf gambo tak dapat nk upload, xsempat nk ambik gambo td sbb ujan daaa..)

Ahad, 20 Mac 2011

Sahabat, Kawan dan Teman

Sahabat, kawan, teman, atau apa saja bahasa yg melambangkan sesuatu perhubungan.. semuanya sama cuma bezanya cara kita menghargainya.. bagi aku, sahabat adalah org terpenting dalam hidup aku selepas keluarga.. macam2 kerenah akan kita lalui. pahit manis, suka duka dikongsi bersama.. sahabat datang dan pergi. dan bila kita terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selamanya, dan jika dia kembali, dia tidak mungkin akan seperti dulu.. aku redha jika terpaksa melepaskan orang yg kita sayang. mungkin itu jalan terbaik bagi keduanya... AKU BUKANLAH TEMAN TERBAIK TAPI AKU SENTIASA BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK..

nie satu lg kisah yg aku nk kongsi bersama..
18/3/2011~1.20 ptg @ KFC kangar menjadi saksi segala-galanya bagi aku dan sorang kawan aku nie. Bermulalah segalanya disini. 1 episod baru dalam hidup dia. Aku sendiri pun hampir tidak percaya. Segala gurauan kami kini menjadi kenyataan. She's P******T.. (aku berfikir sejenak. cukup 3 berita mengalami keadaan yang sama n same due plak tu.. teruja sgt). Aku org pertama yang dapat tau berita nie dan akan ku pegang janji2 ku. Bila sampai masanya nanti orang lain akan tau jugak. Alhamdulillah, aku tumpang gembira.. Dalam masa yang sama, aku asyik memikirkan apa akan terjadi nanti bila aku terpaksa menggantikannya. Harap dipermudahkan segalanya. Aku akan pastikan dia menurunkan segala ilmunya padaku. Hehehe.. kalau tak, mau terbalik aku sorang2. yg ada pun tak boleh harap sangat. Ada Mood keja jalan, takdak Mood abis semua org kena tempias.
Aku dengan dia mmg baik (mungkin lar kot). Hampir 2 tahun mengenalinya, aku senang berkawan dengan dia. Seorang yang simple, gila-gila, kuat merapu, dan pendek kata 1 kepala lar jugak dgn aku.. apa jua keadaan pn kiranya boleh masuk lar.. Bagi aku, dia byk mengajar aku erti kecekalan dan pengorbanan. walau dihentam pelbagai cabaran, dia akan cuba melakukan yang terbaik walau hampir gelong dibuatnya. Berkongsi idea adalah sesuatu yang berharga walaupun agak gila2 bunyinya. Serius dalam bekerja tapi kadang-kadang tak boleh 'pakai' jugak. Byk merapu lebih dari kerja. tapi biarlah sekurang-kurangnya dapat redakan tekanan kerja. Bagi aku, dia sahabat yang boleh berkongsi dalam semua hal (open minded).. Aku ingin menjadi seperti dia. Tabah dan berani membuat keputusan, sentiasa belajar mencuba sesuatu yang baru.. Semoga orang2 disekelilingku sentiasa mendapat perlindungan dariNya.. Amin

Rabu, 15 September 2010

AKU, RAMADHAN, RAYA & TAM (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum…

Ari nie dah 6 syawal. Ari nie gak aku dh start keja lepas cuti 2-3 ari (cuti tanpa gaji plk tu.. huhu).. cepatnya masa berlalu. Rasa seperti smlm kita menyambut hari raya. Tidak terkecapi nikmat ramadhan.. ramadhan yg penuh makna bg seluruh ahli keluarga aku. Dan tentunya amat bermakna sekali kpd abg n kakak aku. Tapi kebahagian itu hanya sementara. Mungkin ini ujian dari Dia. Terasa begitu perit utk menelan tapi percayalah pasti ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah.. bg aku plak, bln ramadhan kali nie memberi aku kejutan yg agak pelik ngan kehadiran seseorang. Namum aku bersyukur sgt. Mungkin Dia ingin memberi peluang untuk aku menebus kesilapan lalu. Tapi aku tidak sesekali mengharapkan nya seperti dahulu krn ku tahu mungkin kehadirannya hanya sementara dan aku tdk mahu kecewa lg. biarlah aku begini….

Puasa kali nie aku tidak berpeluang p terawih seperti tahun2 sudah.. nyesalnya.. huhuhu ntah lar (no komen..).. 2 minggu nk raya, kalau ada masa terluang (pantang ada cuti lah senang cakap), ntah macam mana lar plak leh timbul rasa rajin nak buat kuih. Tahun2 sblom nie xler plak kecewi nk buat. Heran.. heran.. hmm papa je lah janji kuih aku menjadi. Ala kuih simple2 ja.. cornflake madu n kuih pa ntah yg ala2 suci dlm debu.. aku buat yg paling senang sbb aku cepat bosan buat benda yg aku tak suka. dalam rajin ada gak malasnya. Hehehe

Dh dekat nk raya.. baju raya tahun nie tak ada. pakai yg mana ada ja (pastinya yg masih baru or yg baru pakai sekali dua..hehe).. dek krn terlalu busy ngan keja, sampai lupa nk shoping raya. Seminggu lagi nk raya kalut p cari kain tp semua kdai aku p tgk 1 pn xberkenan. Klu da yg berkenan xdak saiz lar, mahal lar, xkena tema lar.. ish malas pk lah.. p cari kain soh mak jahit tp bila pikirkan mak cian lar plak. Mmg mak soh aku p cari kain dia nk jahit tapi aku xsampai hati lar. Lgpun dh dekat nak raya. Bkn aku takut xsempat siap tapi cian mak aku terpaksa bersengkang mata semata-mata nk jahit baju aku. Aku lebih rela pakai yg mana ada.. ala kalau buat pn bkn aku nk pakai sgt. Buat penuh almari aku ja. Lgpun baju baru ja buat masa nk kenduri kat umah aku ari tu. Masih elok. Baru sekali pakai. Buat apa nk membazir. Kain tu pn aku bli dh dekat RM70.. hantar upah lg dh RM20.. (time tu mak aku dh xsempat nk jahit, so terpaksa hantar kat tukang jahit lain..huhu).. kesimpulannya raya tahun nie xdak baju raya. Tapi aku tetap beraya seperti insan lain (cewah… hehe)


....................................................BERSAMBUNG.........................................

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Assalamualaikum

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasulullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak sengaja maupun yang di sengajakan , yang mungkin menyakitkan hati atau yang kurang menyenangkan, yang menyinggung perasaan atau yang mengecilkan hati, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA ....... SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DALAM HIDUP KITA RAMADHAN KALI INI...

Salam ramadhan daripada :
Studentfy @ Firdaus :)