~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Khamis, 28 Januari 2010

MASIHKAH ADA DIA..??

Lidah kelu tak berkata, lenaku berteman air mata. Luka di hati berbalut derita tanges sendu datang menyapa bila kerinduan meronta hati, sebak tak terkata nota hati pengganti bicara. Air mata mengalir lagi, mengalir membawa hati yang sunyi pergi bersama kenangan abadi meninggalkan rindu di sudut hati.

Ku sahut rindu menyapa ku genggam salam bicara ku trima segala duga ku pasrah takdir yg maha Esa kerana ku tahu cintaku, rinduku hanya sementara kenangan abadi pengubat jiwa. Marilah bersama mengalun rindu menari mengikut irama moga hati terubat luka.

Lenaku berteman airmata, tidurku termimpi derita, hatiku terjaga dlm gelita, terkias seribu bicara, tertulis bait2 kata, tangis sendu xtercara, akhirnya lukaku yg terjaga. Rindu yg tinggal pasti menyanyi, mendendang lagu yg dibawa pergi, memanggil suara hati yg sepi, air mata yg pasti mengalir mengisi hati, biar ia berlari jika itu takdir Ilahi.

Tidurlah walau dlm airmata, jika itu harga ubtnya, genggamlah salam bicara, jika itu niat senada, tangislah segala derita, jika itu noktah terluka, namun ingat seperkara, bawa diriku bersama, kerana aku hamba seirama….

Rabu, 20 Januari 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah... aku bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Kau berikan...

tahun baru... cabaran hidup kini bermula.. jangan jadikan kegagalan lepas satu alasan untuk kita terus tersungkur... ayuh! bangunlah..

aku tidak tahu apa yang bakal berlaku pada esok hari, tapi aku pasti ada sinar yang menanti. akan ku atasi segala halangan dan cabaran di depan ku. tapi aku tidak pasti mampukah aku terus berdiri dan berlari untuk menggapainya?

Rabu, 30 Disember 2009

2010

selamat menempuh tahun 2010... cabaran baru yang aku pelu lalui.. biarlah tahun-tahun lepas menjadi kenangan dalam hidup aku.. pahit manis telah aku tempuhi.. sakit, pedih, kecewa, gembira, kasih sayang, kebahagiaan... telah aku rasai..
mampukah aku ubati kesakitan itu? mampukah aku menanggung kepedihan lalu? dan apakah masih ada kasih untuk ku lagi..? sampai bila harus begini........

aku berharap dan berdoa, semoga taraf hidup aku lebih baik dari tahun2 sebelum nie. semoga rezeki yang aku cari selama nie diberkati-Nya..

aku berharap dapat melupakan segala pahit, duka dan kekecewaan aku dapat diubati. aku tak ingin lagi dipermainkan... cukuplah pengalaman lalu mengajar hidup aku dalam mengenal erti SAHABAT..

ku tahu setiap yang aku miliki, ia akan terus abadi...
setiap yang aku lepaskan, ia takkan kembali...
setiap ujian yang aku lalui, itu adalah pengalaman yang perlu aku teladani..
dan setiap yang berlaku, ku terima kerana itu takdir Ilahi...

Rabu, 26 Ogos 2009

KeNanGaN

kenangan bersama kawan2.. lama tak jumpa depa. masing2 sibuk dengan kerjaya masing2. huhu... aku pun tak kurang hebatnya. 'dihujani' pelbagai tugasan yang kadang2 boleh jadi sakit jiwa. tapi aku bahagia dengan apa yang aku buat sekarang. kerja yang mencabar minda untuk berfikir meluahkan idea2 dan kadang2 terpesong dari landasan yang membuatkan kita 'kelu' untuk berfikir.. (xphm..?? wat2 paham jer lah..)

sesekali dapat jumpa kawan2 boleh membuatkan aku lupa sebentar dunia 'advertising' yang tak pernah sunyi. tambahan pulak sekarang dekat nak raya. macam2 ragam pelanggan. seperti yg aku kata td, aku enjoy wat keja nie. mencabar... aku 'bahagia' bila hasil kerja aku dihargai org lain. biarlah karya aku tidak bertaraf dunia sekalipun, yang pasti kepuasan menghasilkan sesuatu karya. idea dan imaginasi pelu ada dalam kepala nieee.. huhu

hmmm... diam tak diam, tinggal seminggu lagi nk raya. cepat betul masa berlalu. ( dh muncul tanda2 kiamat..) huhu... persiapan raya?? terlalu sibuk sampai tak dak ruang untuk pikir pasal persiapan raya. ingat nak shoping baju raya tapi bila..?? kalau tak sempat sangat terpaksa lah aku pakai yang tahun lepas punya. baju oren yang mak aku jahit bulan 6 hari tu masih elok. baru pakai sekali masa kenduri kawen sepupu aku. kebetulan tahun nie warna tema family aku warna oren. so, takyah susah2 nk pikir pasal baju. jahit baju kurung byk2 pn wat per klu pakai sekali dua pastu terperap jer dalam almari wat penuh almari aku jer. dalam bilik tu pun dh 2 almari pakaian aku saja.. tahun depan kena beli lagi 1 nie. hehehe

kuih raya..?? ingat nak buat biskut.. tapi biskut pa ek!! lastly, kalau tak sempat gak terpaksalah beli 'biskut tunjuk' jer.. tapi setiap tahun macam tu lar. har3.... dlu mak aku ajin gak wat kuih. skung tak lagi. ntah. no komen. dlu mak slalu wat makmur, biskut kacang dan kuih siput dan kalau rajin buat ler rendang n ketupat. mak lang aku n family dia suka sgt mkn ketupat. dan kuih yang selebihnya beli jer.... hehehe

ok lah setakat nie saja coretan aku.. nak sambung wat kejaaaaaaaaaa...
di kesempatan yg ada aku nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua rakyat malaysia terutamanya kawan2 yang mengenali diriku. maafkan lah segala salah silapku....

SALAM AIDILFITRI........................