~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa :D

Selamat menyambut hari bapa kepada bapak aku, Yahaya Napiah.. adik sentiasa doakan bapak sihat2 selalu dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.. sayang bapak sangat


Terima kasih kerana membesarkan kami adik-beradik. Pengorbanan bapak terlalu besar buat kami. Walau pun anak-anak bapak tidak berpelajaran tinggi, tapi kami tidak pernah melakukan perkara yang dilarang atau tidak elok.. anak2 bapak bukan pencuri.. anak2 bapak bukan penagih. anak2 bapak bukan pengemis.. atau apa saja yang tidak elok..

Anak2 bapak sudah besar dan tahu membawa haluan hidup. Dua orang anak bapak dah pun berkahwin. dan mak dan bapak bakal menimang cucu sulung pada bulan 10/2011 nanti.. kami tahu mak dan bapak teruja sangat. mak pun dah mula buat sarung bantal dan barut untuk baby.. dan aku pulak tak sabar nak memegang gelaran "Mak Su".. hehehe….. Mak dan Bapak adalah segalanya buat kami. tanpa kalian siapalah kami.

LOVE YOU ALL SO MUCH.. mmmmmuuuaahhhh!!!

2 ulasan: