~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Selasa, 7 Jun 2011

Aku Tak Ingin Lagi.....

Tak perlu risau kawan-kawan, aku tidak akan pernah menyusahkan kamu lagi. Semua yang aku inginkan akan ku usahakan sendiri. Jatuh bangun ku adalah atas usaha ku sendiri. Tawa tangis ku adalah atas kejayaan mahupun kegagalan dari diriku sendiri. Dugaan ujian itu adalah pengalaman untuk aku tempuhi sendiri. Cukuplah apa yang aku lalui hari ini, semoga aku dapat menerima semua ini sebagai pengalaman hidup. Aku tak ingin menyusahkan orang lain lagi. Biar diri ku yang susah untuk orang lain.

Jika terdapat permintaan / pertolongan dari ku, maaf kan diri ini kerana sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya seorang diri. Jika kamu tidak mampu atau tidak ikhlas, berterus teranglah dengan aku, aku pasti mengerti.

Aku juga tidak akan bergantung harap lagi pada orang lain. Aku tidak akan sesekali merasa kecewa jika apa yang aku harapkan tidak tercapai. Semua ini kerana diri aku sendiri.

........MUNGKIN AKU SUDAH SERIK......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan