Ini lah motor kesayangan bapak aku. Motor ni bapak aku beli masa dia keja dulu (lebih kurang 2 tahun lepas dia keja). Walaupun bergaji kecil (RM300/bulan - zaman tu dah cukup kaya).. bapak aku beli untuk kemudahan dia berulang alik dari perlis ke tempat kerja. Masa tu bapak bertugas di MADA Ampang Jajar, Kedah.
Dengan motor nie lah bapak keluar cari makan untuk anak bini. Balik kampong mak di Bintong pun dengan motor nie, bawak kami anak jalan2 pun dengan motor nie, shoping barang dapur pun dengan motor nie.. kiranya semualah dengan motor nie bapak aku hidup. Dengan motor nie lah jugak aku adik beradik ke sekolah. Mak pulak ambik lesen motor masa aku darjah 1. Senang nak ambik & hantar aku sekolah. Tapi jarang sangat nak balik dengan mak sebab hari-hari arwah Cak (tokwan) setia menunggu aku dan kakak. Hehehe
Ok aku tinggalkan kenangan dulu.. mai aku nak cerita pasal sekarang pula…
Kalau dulu motor nie masih baru, masih elok, masih berkilat, masih mampu pergi lebih jauh.. sekarang motor nie dah buruk, dah tak elok, dah berkarat, dah tak mampu nak bawak laju2 (takat 40 ja).. arghh! Tercabar tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku belum mampu nak belikan yang baru untuk bapak. Kadang-kadang aku menangis memikirkan pengorbanan bapak untuk kami adik beradik. Mana taknya, semua permintaan anak-anak bapak tunaikan. Semua motor anak-anak bapak belikan yang baru (bukan second hand tau).. sedangkan bapak, masih belum mampu belikan yang baru untuk diri dia sendiri, kerana bapak masih memikirkan keutamaan anak-anaknya. 20 tahun RB 4992 mampu bertahan kerana dijaga dengan baik oleh bapak. Sebab bapak tahu dia tidak akan mendapat yang baru dalam jangka masa yang panjang kerana dia perlu memikirkan keperluan anak-anaknya. Hebatnya pengorbanan bapak..
BERDOSAKAH AKU kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik..?? Mak, bapak, adik belum mampu balas jasa dan pengorbanan kalian. Hanya doa yang tak pernah lupa adik tadahkan padaNya. Semoga bapak sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah S.W.T… amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan