~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Ahad, 20 Mac 2011

Sahabat, Kawan dan Teman

Sahabat, kawan, teman, atau apa saja bahasa yg melambangkan sesuatu perhubungan.. semuanya sama cuma bezanya cara kita menghargainya.. bagi aku, sahabat adalah org terpenting dalam hidup aku selepas keluarga.. macam2 kerenah akan kita lalui. pahit manis, suka duka dikongsi bersama.. sahabat datang dan pergi. dan bila kita terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selamanya, dan jika dia kembali, dia tidak mungkin akan seperti dulu.. aku redha jika terpaksa melepaskan orang yg kita sayang. mungkin itu jalan terbaik bagi keduanya... AKU BUKANLAH TEMAN TERBAIK TAPI AKU SENTIASA BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK..

nie satu lg kisah yg aku nk kongsi bersama..
18/3/2011~1.20 ptg @ KFC kangar menjadi saksi segala-galanya bagi aku dan sorang kawan aku nie. Bermulalah segalanya disini. 1 episod baru dalam hidup dia. Aku sendiri pun hampir tidak percaya. Segala gurauan kami kini menjadi kenyataan. She's P******T.. (aku berfikir sejenak. cukup 3 berita mengalami keadaan yang sama n same due plak tu.. teruja sgt). Aku org pertama yang dapat tau berita nie dan akan ku pegang janji2 ku. Bila sampai masanya nanti orang lain akan tau jugak. Alhamdulillah, aku tumpang gembira.. Dalam masa yang sama, aku asyik memikirkan apa akan terjadi nanti bila aku terpaksa menggantikannya. Harap dipermudahkan segalanya. Aku akan pastikan dia menurunkan segala ilmunya padaku. Hehehe.. kalau tak, mau terbalik aku sorang2. yg ada pun tak boleh harap sangat. Ada Mood keja jalan, takdak Mood abis semua org kena tempias.
Aku dengan dia mmg baik (mungkin lar kot). Hampir 2 tahun mengenalinya, aku senang berkawan dengan dia. Seorang yang simple, gila-gila, kuat merapu, dan pendek kata 1 kepala lar jugak dgn aku.. apa jua keadaan pn kiranya boleh masuk lar.. Bagi aku, dia byk mengajar aku erti kecekalan dan pengorbanan. walau dihentam pelbagai cabaran, dia akan cuba melakukan yang terbaik walau hampir gelong dibuatnya. Berkongsi idea adalah sesuatu yang berharga walaupun agak gila2 bunyinya. Serius dalam bekerja tapi kadang-kadang tak boleh 'pakai' jugak. Byk merapu lebih dari kerja. tapi biarlah sekurang-kurangnya dapat redakan tekanan kerja. Bagi aku, dia sahabat yang boleh berkongsi dalam semua hal (open minded).. Aku ingin menjadi seperti dia. Tabah dan berani membuat keputusan, sentiasa belajar mencuba sesuatu yang baru.. Semoga orang2 disekelilingku sentiasa mendapat perlindungan dariNya.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan