~,~ keep walking keep smile kipidap dongibab ~,~

nuffnang

Isnin, 17 Ogos 2009

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan mimpi
masa bagaikan berderulangkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlau panas untuk ku tunggu menghirup
sehingga terlupa panas di akhirat kelak
masih taksub dengan setia keduniaan
siapa aku di depan Tuhanku.

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik takbirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
rela terlena sambil menarik selimut dosa
bercumbu-cumbuan dengan waktuku
bersantai ke alam fantasiku
siapa aku di depan Tuhanku.

Akhirnya
kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang
di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada matahari dan juga bintang-bintang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan