Bukan senang nak maafkan orang,
perkataan MAAF itu sendiri pun sukar untuk kita ungkapkan apetah lagi untuk
memaafkan.
Tapi, adakah anda tahu dengan memaafkan
seseorang anda akan dapat sesuatu yang agak sukar untuk anda perolehi di dunia
realiti sekarang.
Apakah ia? KETENANGAN.
Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu
perkara. Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa,
yang memaafkan dan mengampunkan kita itu – ALLAH. Pencipta kita.
Jadi, bagaimana kita boleh terfikir
untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah
pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadapNya?
Kadang-kadang bila seseorang minta maaf kepada
kita, kita senang mengungkapkan ‘okay, saya maafkan awak’.
Lebih-lebih lagi zaman teknologi
canggih macam sekarang ini, hanya perlu meminta maaf dan memaafkan melalui
mesej, whatsapp, bbm, wechat dan lain-lain.
Nampak senang bukan?
Tapi, adakah perkataan ‘saya maafkan
awak’ itu lahir dari hati yang tulus ikhlas? Adakah ia benar-benar terbit dari
hati kecil kita yang realitinya terluka dek kerana perbuatan insan yang meminta
maaf itu?
Senang cerita macam ini lah, kalau kita buat salah
dekat orang, kita mesti nak orang itu memaafkan kita kan? Takut-takut kalau tak
sempat minta maaf, letih jugak nak cari orang itu di padang mahsyar nanti untuk
minta maaf.
Tapi, kalau kita nk orang maafkan kita,
kita mesti ikhlas dalam meminta maaf.
Percaya lah cakap saya, kalau kita
minta maaf pun tak ikhlas dari hati, nescaya orang yang memaafkan itu pun akan
jadi tak ikhlas dalam memaafkan.
Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda
memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang. Tenang
setenang-tenangnya.
Berdendam takkan dapat bawa kita kepada
ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang
berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.
Bila dalam diri penuh rasa benci dan
marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan.
Sebab itu lah kalau kita perhatikan,
orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada
rasa benci terhadap si pelaku salah.
Maafkan lah orang yang berbuat salah kepada anda
walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji. INGAT, HANYA
ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.
Walaupun hakikatnya memang susah nak
maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun. Tak guna
duit kita walau sesen pun.